91) PELAJAR-PELAJAR BUKAN MELAYU DI BAWAH TAJAAN YAYASAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Misi Yayasan Selangor adalah ÒMembangunkan generasi Negeri Selangor menjadi insan yang cemerlang dan berketerampilan melalui pendidikan yang berkualitiÓ. Berapakah bilangan dan berapakah peratusan pelajar-pelajar bukan Melayu sejak mula pengambilan hingga sekarang
-
Apakah program-program dan langkah-langkah untuk menambah pengambilan pelajarpelajar bukan Melayu?
-
Berapakah jumlah perbelanjaan yang ditanggung oleh Yayasan Selangor setiap tahun dari tahun 2004 hingga 2008 dan berapa peratuskah daripada tanggungan ini diperuntukkan kepada pelajar-pelajar bukan Melayu?
91) GRED-GRED PENGARAH MAJLIS PERBANDARAN KLANG (MPK)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan gred-gred semua pengarah di Majlis Perbandaran Klang.
-
Adakah semua pengarah mendapat gred yang telah diberi oleh JPA?
91) MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman
Kategori: Mulut
-
Mengapakah kerajaan negeri perlu membuat syarat kepada program-program MES?
-
Adakah kerajaan negeri bercadang mahu menggantikan slogan MES kepada "Memilih-Rakyat Ekonomi Selangor" supaya lebih sesuai dengan syarat yang dibuat?
91) SKIM KREDIT MIKRO
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri telah melaksanakan Skim Kredit Mikro (SKIMSEL) dan juga Skim Kredit Mikro Miskin Bandar (MIMBAR Selangor). Berapakah jumlah peruntukan disediakan dan jumlah yang telah dikeluarkan?
-
Siapakah yang telah menerima faedah daripada skim tersebut dan bagaimanakah pemilihan mereka yang layak menerima skim ini?
-
Adakah strategi dan kaedah untuk memastikan kejayaan skim ini?
91) GAJI, ELAUN DAN TUNTUTAN AHLI DEWAN NEGERI BARISAN NASIONAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berapakah gaji asas dan elaun ADUN?
-
Berapakah tuntutan dalam dan luar negara ADUN?
-
Berapakah elaun dan tuntutan daripada anak-anak syarikat atas nama ahli lembaga pengarah anak-anak syarikat tersebut (jika ada)?
91) SUBSIDI AIR PERCUMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kewangan yang telah dibelanjakan oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) sejak tahun 2008 sehingga sekarang dan adakah anak syarikat yang terbabit stabil dari segi kewangan?
-
Berapakah jumlah kewangan yang telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri sejak tahun 2008 sehingga sekarang?
-
Apakah mekanisme kerajaan negeri bagi memastikan skim air percuma ini berterusan tanpa menaikkan kadar tarif air?
91) PENYELENGGARAAN DEWAN ORANG RAMAI DI BAWAH PEJABAT DAERAH KUALA LANGAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah Dewan Orang Ramai (DOR) yang masih diletakkan di bawah bidang kuasa dan penyelenggaraan Pejabat Daerah Kuala Langat sehingga sekarang.
-
Terangkan secara ringkas kerosakan yang ada pada setiap DOR ini serta kos pembaikan.
-
Apakah status terkini berkenaan arahan untuk menyerah peruntukan dan tugas penyelenggaraan DOR ini kepada MDKL?
91) PROGRAM MES
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Apakah pecahan peratusan penerima manfaat program MES mengikut umur (kanak-kanak, anak muda, dewasa, warga emas)
-
Sila kemukakan program MES yang tidak lagi dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri
-
Sila kemukakan mana-mana program MES yang mempunyai syarat-syarat baru dalam tahun 2013.
91) JOM SHOPPING
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan agihan dan nilai Program Jom Shopping?
91) EKONOMI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan butiran terperinci tentang pelaburan terus asing FDI ( Foreign Direct Investment ) ke Negeri Selangor pada sepanjang tahun 2008 dan 2009 ?
-
Sila senaraikan jumlah perbandingan di antara negeri-negeri mengenai prestasi kemasukan FDI ke Negeri masing-masing sejak 2008 dan 2009 ?
-
Apakah langkah-langkah yang lebih proaktif dan bakal dilakukan oleh Kerajaan Negeri bagi menarik lebih ramai pelabur FDI datang melabur ke Negeri Selangor ?
