94) KEPADATAN PENDUDUK DI KAWASAN PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan sedar terdapat penempatan penduduk setengah PBT sangat padat sehingga menimbulkan kelemahan sistem pengurusan sampah, jalan, perparitan, bekalan air dll?
-
Jika ya, adakah kerajaan bercadang membuat peraturan pengawalannya bagi menjamin keselesaan penduduknya pada masa hadapan?
-
Mohon nyatakan perancangan kerajaan.
94) PENEROKA BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah penempatan Peneroka Bandar di seluruh Selangor setakat 2013?
-
Berapakah jumlah penempatan Peneroka Bandar mengikut DUN sehingga 2013?
-
Berapakah jangkaan jumlah penempatan Peneroka Bandar di DUN Gombak Setia yang akan mendapat penempatan kekal sehingga 2014?
95) STRATEGI PERUMAHAN UNTUK RAKYAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohamad Khir Bin Toyo
Kategori: Bertulis
-
Sebelum ini kerajaan negeri Selangor mempunyai dasar pembangunan bercampur yang disyaratkan kepada semua pemaju bagi memenuhi keperluan rakyat seperti Rumah kos rendah (RM 42,000.00), Rumah Kos sederhana rendah (di bawah RM 100,000.00), Rumah Kos Sederhana (Di bawah RM 500,000.00) dan harga rumah bebas. Adakah dasar ini masih dikekalkan? Jika tidak apakah dasar perumahan baru kerajaan negeri bagi memenuhi keperluan rakyat pelbagai lapisan pendapatan.
-
Berapakah harga rumah mampu milik yang ditetapkan oleh kerajaan negeri pada masa ini.
-
Apakah strategi dan polisi kerajaan negeri dalam memastikan Pemaju memenuhi keperluan perumahan rakyat terutamanya bagi perumahan kos rendah dan kos sederhana rendah.
95) MODAL INSAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri ada program SPIES untuk membina modal insan di Selangor. Berapa orangkah yang telah dilatih sehingga akhir 2009?
-
Apakah impak positif yang nyata hasil pelaksanaan program ini sejak dua tahun yang lalu?
-
Adakah kerajaan negeri bersetuju bahawa kewujudan banyak pusat hiburan telah merosakkan agenda SPIES negeri?
95) RUMAH KOS RENDAH DAN MAMPU MILIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Berapakah rumah kos rendah yang telah dibina oleh kerajaan negeri di Bandar besar seperti Shah Alam, Klang, Ampang, Subang Jaya dan Petaling Jaya?
-
Berapakah rumah mampu milik yang telah dibina oleh kerajaan negeri di Bandar seperti Shah Alam, Klang, Ampang, Subang Jaya dan Petaling Jaya?
-
Apakah bantuan kerajaan negeri kepada mereka yang gagal mendapatkan pinjaman rumah kos rendah dan mampu milik ini?
95) PEMBANGUNAN DAN PERNIAGAAN HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan yang diambil terhadap percambahan tersebut?
-
Adakah pihak kerajaan negeri mempunyai statistik dewan yang di bina tanpa kebenaran?
95) PROGRAM BANTUAN OKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Seramai 39,613 OKU telah berdaftar di seluruh Negeri Selangor dari tahun 1990 hingga 2009 (Mac). Berapa pantaskah sesuatu permohonan kad OKU diproses?
-
Berapakah jumlah bantuan kewangan yang telah diagihkan bagi setiap tahun dari 2004 hingga 2008?
-
Berapakah kenaikan bantuan kewangan OKU yang akan ditambah memandangkan kerajaan telah meningkatkan Garis Kadar Kemiskinan kepada RM1,500 sebulan bagi seisi keluarga?
95) Kemudahan Wifi Percuma
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Apakah strategi kerajaan akan diamalkan untuk memajukan capaian internat di luar bandar dan kawasan pedalaman supaya mengoptimumkan pengajaran dan pembelajaran dalam talian?
-
Adakah kerajaan berniat untuk membekalkan perkhidmatan wifi percuma kepada pusat-pusat pengajian di dalam Negeri Selangor?
95) BAS SMART SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan laluan Bas Smart Selangor di MPK.
95) MESYUARAT PENYELARASAN PEMUTIHAN KILANG TANPA IZIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila menyatakan butir-butir senarai nama kilang, lokasi, yang terlibat dalam Program Pemutihan Kilang Tanpa Izin di daerah Kuala Langat sejak tahun 2013 hingga bulan Oktober 2015.
-
Sila berikan sebab-sebab terperinci mengapa ditolak permohonan?
