95) KESESAKAN LALULINTAS DUN BANDAR UTAMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha-usaha dan rancangan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya di kawasan DUN Bandar Utama seperti Lebuh Bandar Utama - Damansara Link (terutamanya apabila kesesakan lalu lintas akan bertambah dengan projek pembinaan LRT 3)?
95) PEMBANGUNAN SEMULA BANDAR DI PETALING JAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Terdapat pandangan bahawa kerajaan negeri dan anak-anak syarikatnya seperti PKNS akan merampas balik tanah-tanah di Seksyen 51A yang sudah mempunyai hakmilik untuk pembangunan semula. Apakah penjelasan daripada kerajaan?
-
Adakah PKNS juga akan menjalankan pembangunan semula di flat PKNS Seksyen 17 dan SS8 berdekatan dengan pasaraya Bintang Jalan SS3/39?
95) BANTUAN BENCANA ALAM BANJIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Mulut
-
Apakah kriteria dan dasar baru kerajaan untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir
-
Siapakah jawatankuasa yang bertanggungjawab bagi membuat bancian penduduk yang layak dan memperakukan penerimaan bantuan
-
Berapakah nilai dan apakah bentuk bantuan tersebut
95) STATUS PELAKSANAAN PROJEK JALAN RENTAS KG SG KELAMBU
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Mulut
-
Apakah status pelaksanaan Projek Jalan Rentas Kg Sg Kelambu ke Bandar Seri Ehsan dan bilakah projek tersebut akan dilaksanakan?
95) MESYUARAT PENYELARASAN PEMUTIHAN KILANG TANPA IZIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila menyatakan butir-butir senarai nama kilang, lokasi, yang terlibat dalam Program Pemutihan Kilang Tanpa Izin di daerah Kuala Langat sejak tahun 2013 hingga bulan Oktober 2015.
-
Sila berikan sebab-sebab terperinci mengapa ditolak permohonan?
95) PROGRAM PEMBASMIAN KEMISKINAN
Tahun:
Sesi:
Isu: kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah program Pembasmian Kemiskinan oleh 12 PBT sejak 2010 sehingga kini dan jumlah peruntukkan yang dibelanjakan?
95) BANTUAN KEBAJIKAN KEPADA WARGA EMAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi tujuan bantuan kebajikan kepada golongan warga emas.
-
Berapakah jumlah warga emas yang menerima bantuan tersebut khususnya di Kawasan Pelabuhan Klang sehingga Jun 2011.
95) KAWALAN PENCEGAHAN PENYAKIT BERJANGKIT KE ATAS PENYEDIA, PENJAJA DAN PREMIS MAKANAN BERLESEN DAN TIDAK BERLESEN OLEH MPK DI DUN MERU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapa kali kekerapan pemeriksaan dilaksanakan? Senaraikan.
-
Apakah statistik kes kesalahan dan tindakan?
-
Adakah rekod kes kesalahan penyedia makanan melibatkan warga asing? Senaraikan.
95) PUSAT SAMPAH HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Apakah cabaran dihadapi untuk menutup pusat sampah haram & apakah peruntukan dalam Kanun Tanah Negara mengatasi masalah ini?
-
Kenapakah pihak Kerajaan Negeri masih gagal menutup pusat sampah haram iaitu di Sg Pusu, Batu 12 Gombak, Sri Gombak Fasa 9 & Kg Tengah Tambahan?
95) TABUNG PENDIDIKAN ANAK PEKERJA LADANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini Tabung Pendidikan tersebut ?
-
Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan dan senaraikan butiran terperinci mengenai jumlah bilangan anak pekerja ladang yang telah memperolehi manfaat daripada Tabung tersebut mengikut susunan ladang-ladang di seluruh Negeri Selangor ?
-
Sila nyatakan apakah bantuan dan insentif yang bakal disalurkan oleh Kerajaan Negeri selain daripada bantuan Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang ?
