95) DRAF RANCANGAN TEMPATAN PETALING JAYA 2
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bantahan yang telah diterima daripada bantahan awam terhadap Draf RTPJ2?
-
Apakah perkembangan terbaru terhadap Draf Rancangan ini memandangkan proses bantahan awam telah dijalankan dan penduduk-penduduk sedang menunggu arahan selanjutnya daripada pihak Kerajaan Negeri?
95) SELAMAN SDN BHD
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan status kewangan terkini ?
-
Sila kemukakan butiran terperinci mengenai aktiviti Selaman yang memperoleh keuntungan dan kerugian dari 2010-2014 ?
-
Sila senaraikan nama ahli lembaga pengarah, gaji, elaun, bonus dan semua kemudahan yang dinikmati dari 2010-2014 ?
95) IBU TUNGGAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan nama persatuan ibu tunggal yang telah didaftarkan mengikut pecahan daerah atau DUN
-
Berapakah bilangan ibu tunggal yang telah didaftarkan mengikut pecahan daerah atau DUN
-
Apakah program-program yang telah dirangka oleh Kerajaan Negeri bagi membantu ibu tunggal?
95) KADAR JENAYAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil dan cabaran yang dihadapi kerajaan untuk membendung kadar jenayah di Selangor?
-
Adakah kerajaan akan bercadang untuk mengambil alih perkhidmatan pasukan polis di Selangor untuk diletakkan di bawah penguasaan Kerajaan Negeri?
95) PENCAPAIAN STATUS BANDARAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam membantu MPAJ mencapai status bandaraya?
-
Apakah kebaikan kepada Rakyat Jikalau PBT telah mencapai status Bandaraya?
95) TINDAKAN MENGATASI PENCEMARAN AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Sejauh mana dan apakah tindakan mengatasi pencemaran air telah dilaksanakan oleh agensi berkaitan seperti mana yang dicadangkan dalam kertas Bil 37/2015?
-
Nyatakan kos yang dibayar kepada Chemindus Sdn Bhd bagi mengkaji kualiti air di Lembangan Sungai Selangor dan Sungai Langat?
95) BAS SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Apakah statistik penggunaan Bas Selangorku setiap bulan untuk 12 bulan yang lalu, mengikut setiap laluan bas?
-
Berapakah bilangan bas yang digunakan mengikut setiap laluan bas?
-
Berapakah hasil daripada jualan iklan untuk Bas Selangorku?
95) PEMBERI MILIKAN TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Apakah asas yang digunakan Kerajaan Negeri dalam pemberi milikan tanah sama ada individu atau syarikat?
-
Apakah Kerajaan Negeri masih melaksanakan pemberi milikan tanah kurnia?
95) JALAN-JALAN PERSEKUTUAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Adakah JKR Persekutuan akan menyerahkan Jalan Pandamaran, Jalan Banting Pandamaran kepada JKR Selangor?
-
Nyatakan sebab-sebab jika tidak.
95) MEMBASMI KEMISKINAN DAN MENINGKATKAN PENDAPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Bagaimana strategi 1 dalam Belanjawan 2015, "Membesarkan lapisan kelas menengah melalui Program HIJRAH" mampu membasmi kemiskinan serta meningkatkan pendapatan?
-
Apakah peratusan lapisan kelas menengah yang ingin dicapai serta ukuran yang digunakan keluar daripada kemiskinan?
