96) PILIHANRAYA KECIL (PRK) SUNGAI BESAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua program Kerajaan Negeri semasa PRK Sg Besar
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan untuk setiap program tersebut
96) KESESAKAN LALU LINTAS DI SAUJANA UTAMA DI AWAL PAGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Bertulis
-
Penduduk di sekitar taman-taman di dalam Saujana Utama, Kuala Selangor menghadapi kesesakan lalu lintas yang terus di awal pagi di jalan menujuk ke jalan Kuala Selangor-Kepong. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan tertentu untuk mengatasi masalah ini?
96) STATUS HUTAN SIMPAN SG KARANG, DUN SG PANJANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini Hutan Simpan Sg Karang?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan tanah tersebut?
96) PAPAN-PAPAN IKLAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Apakah kedudukan atau status terkini berkenaan kemajuan garis panduan baru papanpapan iklan?
-
Bilakah garis panduan baru akan siap didrafkan?
-
Bilakah garis panduan baru akan mula dikuatkuasakan?
96) STATUS PERMOHONAN TEBATAN BANJIR MERU DAN MENAIK TARAF JALAN DARI KLANG SENTRAL-PEKAN MERU-PEKAN KAPAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Apakah status permohonan untuk projek tebatan banjir DUN Meru dan menaik taraf Jalan Meru dan Persiaran Hamzah Alang dari Klang Sentral ke Kapar?
96) PERUNTUKAN RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah digunakan oleh kerajaan Selangor bagi mendirikan kuil, gereja dan tokong bagi 3 tahun yang lepas?
-
Sejak 3 tahun yang lepas, berapakah jumlah tempat yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri untuk pembinaan kuil, gereja atau tokong?
96) BANTUAN PENDIDIKAN KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah bantuan pendidikan fasa 1 kepada SAR, SJKC dan SJKT mengikut daerah pada tahun 2015.
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat memberikan bantuan kepada Pusat Pendidikan Punjabi di Negeri Selangor pada tahun 2016 dan seterusnya? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
96) TEMPAT LETAK KERETA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila butirkan bilangan tempat letak kereta berbayar dan tempat letak kereta percuma di kawasan MBPJ mengikut nama jalan
96) PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Kerajaan dijangka dapat menarik pelaburan melebihi RM50 bilion di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi negeri melalui Inisiatif Kewangan Swasta untuk menggerakkan enam projek teras. Berapakah nilai pelaburan yang diperolehi sehingga kini untuk menggerakkan enam projek teras tersebut?
-
Pelabur atau Negara manakah yang berminat untuk melabur dalam Pakej Ransangan Ekonomi ini?
-
Apakah impak positif perlaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi yang telah dapat dilihat setakat ini?
96) SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN (GLC) NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah pekerja Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Negeri Selangor yang mendapat manfaat kenaikan gaji minima mengikut GLC masing-masing.
