95) PEMBANGUNAN KAMPUNG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peruntukan Kerajaan Negeri Selangor untuk Dun Sungai Pelek bagi penyelenggaraan, pembangunan dan perancangan infrastruktur di Kampung Tradisional dan Kampung Baru ?
-
Bolehkan peruntukan disalurkan kepada Pejabat Tanah bagi pembangunan kampung-kampung ini?
95) KESESAKAN LALULINTAS DUN BANDAR UTAMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha-usaha dan rancangan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya di kawasan DUN Bandar Utama seperti Lebuh Bandar Utama - Damansara Link (terutamanya apabila kesesakan lalu lintas akan bertambah dengan projek pembinaan LRT 3)?
95) STATUS PELAKSANAAN PROJEK JALAN RENTAS KG SG KELAMBU
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Mulut
-
Apakah status pelaksanaan Projek Jalan Rentas Kg Sg Kelambu ke Bandar Seri Ehsan dan bilakah projek tersebut akan dilaksanakan?
95) MUZIUM IMEJ BARU
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Apakah strategi kerajaan untuk memastikan muzium negeri menjadi penyimpanan khazanah negeri dan berimej menarik?
-
Nyatakan muzium-muzium yang ada di Selangor dan fungsinya?
-
Berapakah peruntukan untuk muzium-muzium setahun?
95) IBU TUNGGAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan nama persatuan ibu tunggal yang telah didaftarkan mengikut pecahan daerah atau DUN
-
Berapakah bilangan ibu tunggal yang telah didaftarkan mengikut pecahan daerah atau DUN
-
Apakah program-program yang telah dirangka oleh Kerajaan Negeri bagi membantu ibu tunggal?
95) KADAR JENAYAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil dan cabaran yang dihadapi kerajaan untuk membendung kadar jenayah di Selangor?
-
Adakah kerajaan akan bercadang untuk mengambil alih perkhidmatan pasukan polis di Selangor untuk diletakkan di bawah penguasaan Kerajaan Negeri?
95) PEMBANGUNAN SEMULA BANDAR DI PETALING JAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Terdapat pandangan bahawa kerajaan negeri dan anak-anak syarikatnya seperti PKNS akan merampas balik tanah-tanah di Seksyen 51A yang sudah mempunyai hakmilik untuk pembangunan semula. Apakah penjelasan daripada kerajaan?
-
Adakah PKNS juga akan menjalankan pembangunan semula di flat PKNS Seksyen 17 dan SS8 berdekatan dengan pasaraya Bintang Jalan SS3/39?
96) MEMULIHKAN PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan proses yang sedang dan akan diambil untuk memulihkan pilihanraya kerajaan tempatan?
-
Siapakah yang telah dipilih menjadi ahli jawatankuasa?
-
Apakah masalah-masalah yang dihadapi untuk memulihkan pilihan raya kerajaan tempatan?
96) PENGURUSAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Kelang Central Ð Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah peniaga-peniaga dan pengurusan syarikat bas yang telah berlarutan sekian lama di tempat berkenaan?
-
Senaraikan perbelanjaan yang melibatkan bayaran elaun tetap bulanan, keraian serta perbelanjaan pengurusan pejabat untuk Ahli-ahli Majlis di setiap PBT tahun 2008 dan 2009?
-
Senaraikan jumlah kutipan yang dikutip oleh setiap PBT yang meliputi cukai pintu, cukai taksiran dan premis komersial bagi tahun 2008 dan 2009?
96) TUNGGAKAN BAYARAN KONTRAK KERJA ALAM FLORA SDN BHD
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah bayaran tunggakan kepada kontraktor-kontraktor perkhidmatan , pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awan di MPK oleh Alam Flora Sdn Bhd.
-
Senaraikan nama kontraktor-kontraktor yang berkenaan.
-
Senaraikan nama kontraktor baru yang akan mengambil alih kontrak perkhidmatan setelah penamatan Alam Flora Sdn Bhd.
