96) MASALAH PENGHUNI PANGSAPURI KOS RENDAH SRI MUDA
Tahun:
Sesi:
Isu: perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Penghuni Pangsapuri Kos Rendah Block B dan C Taman Sri Muda sedang berdepan kemungkinan ancaman maut kerana siling dan bumbungnya sering jatuh di sekeliling pangsapuri, walaupun masalah ini telah diketengahkan kepada pemaju dan Majlis Bandaraya Shah Alam, namun sehingga hari ini tidak ada kerja-kerja pembaikan dilakukan oleh pemaju juga merangkap syarikat penyelenggara. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri ke atas mana-mana pihak yang cuai atau dengan sengaja tidak menjalankan tanggungjawab mereka bagi menjaga keselamatan penghuni setempat dan bilakah kerajaan akan bertindak kerana pihak-pihak ini sekian lama mempermainkan penduduk
-
Nyatakan enakmen dan undang-undang kecil manakah yang boleh digunakan pihak berkuasa tempatan dalam memaksa pihak tidak bertanggungjawab ini lebih prihatin akan kesusahan rakyat?
-
Apakah rancangan kerajaan negeri pada masa depan dalam menghadapi kedegilan penyelenggara bangunan ini dan sekiranya ada apakan cadangan seperti meminda peruntukan undang-undang boleh dilaksanakan segera demi melindungi dan memelihara nasib golongan berpendapatan rendah?
96) KEUTAMAAN PERBELANJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
-
Adakah usaha Kerajaan Negeri untuk memperkenalkan perkhidmatan internet jalur lebar rangkaian 5G dalam negeri Selangor yang memakan belanja besar berpadanan dengan keperluan lebih utama untuk memelihara kebajikan rakyat dimasa kita berhadapan dengan cabaran memulihkan negeri akibat daripada wabak covid-19?
97) PROGRAM GEM UNTUK MASYARAKAT BUKAN MELAYU
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Apakah bentuk program-program GEM untuk masyarakat India dan Cina.?
-
Berapakah peruntukan disediakan.?
-
Berapa ramai peserta GEM ini di kalangan orang India dan Cina.?
97) SEKATAN TERHADAP SUK SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
DATO' Setiausaha Kerajaan negeri adalah Ex-officio dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang telah mengangkat sumpah menyimpan rahsia, namun ada ura-ura beliau akan dihalang untuk menyertai mesyuarat tertentu. Apakah status sebenar dakwaan tersebut?
-
Jika benar, apakah ini satu penghinaan terhadap status jawatan tersebut?
-
Adakah ini membuktikan kerajaan negeri tidak telus dalam urusan pentadbiran selaras dengan slogan mereka?
97) PENCEMARAN UDARA PEMBAKARAN SECARA TERBUKA
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Apa tindakan Kerajaan Negeri untuk mengurangkan pembakaran haram secara terbuka?
-
Pembakaran sampah secara terbuka kerap berlaku di Saujana Rawang pada tengah malam, apakah tindakan Kerajaan untuk penyelesaian?
97) JALANRAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Terangkan proses atau prosedur untuk penurapan jalan dengan cara yang betul.
-
Apakah yang mengakibatkan jalan yang diturap tidak tahan lama?
-
Siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab membuat pemantauan?
97) PERCAMBAHAN RUMAH-RUMAH URUT DAN PUSAT VIDEO GAME
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Ir. Muhammad Bushro Bin Mat Johor
Kategori: Mulut
-
Masalah sosial ini terus membelenggu penduduk negeri ini. Walau pun masalah yang dihadapi ini telah wujud sejak dahulu lagi. Sekiranya tiada tindakan yang agresif diambil, masalah ini akan terus menghantui penduduk negeri ini. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menangani masalah sosial ini?
97) RODA DARUL EHSAN (RIDE)
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Apakah status dan kaedah pelaksanaan Inisiatif RiDE?
-
Berapa ramai yang telah mendaftar dan telah mendapat manfaat daripada RiDE?
97) WABAK PENYAKIT DENGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Masalah wabak penyakit denggi semakin ketara, terutama di Selangor. Parit/saliran air di negeri masih tidak dikendalikan dengan sempurna sehingga air bertakung menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan malaria. Apakah tindakan segera dan rancangan masa panjang oleh Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini?
97) PROGRAM MES BAGI PESERTA DUN PAYA JARAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peserta bagi program TAWAS dan SMUE bagi peserta dalam DUN Paya Jaras?
-
Bolehkah senarai, no telefon serta alamat peserta tersebut dihantar ke pejabat ADUN dalam bentuk ÒsoftcopyÓ?
