97) PRODUK TAWAS

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis


  1. Berapakah peruntukan dan bilangan bayi yang diluluskan untuk produk TAWAS bagi kelahiran 2008 dan 2009. Pecahkan bilangan mengikut bangsa?

    Klik jawapan »

  2. Apakah cadangan untuk mempercepatkan kelulusan bagi produk TAWAS ini lebih berkesan dan mencapai sasarannya kepada masyarakat?

    Klik jawapan »

97) PEMBINAAN RUMAH MAMPU MILIK

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah - langkah proaktif yang diambil Kerajaan Negeri untuk mempergiatkan pembinaan rumah mampu milik yang bersepadu dan apakah insentif untuk menarik syarikat swasta untuk terlibat dalam usaha ini ?

97) DEWAN ORANG RAMAI

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan dewan orang ramai yang belum diserahkan balik kepada PBT atau ahli majlis dalam kawasan pentadbiran MPS.

    Klik jawapan »

  2. Apakah punca utama yang menyebabkan kelewatan dalam penyerahan balik dewandewan yang disenaraikan?

    Klik jawapan »

  3. Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan bagi memastikan dewan-dewan tersebut diserahkan balik dalam masa terdekat ini?

    Klik jawapan »

97) KILANG HARAM

Tahun:

Sesi:

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan perancangan Kerajaan bagi menangani masalah kilang haram yang masih terus tumbuh.

    Klik jawapan »

  2. Nyatakan jumlah kilang yang telah berjaya dalam proses pemutihan mengikut kawasan masing-masing.

    Klik jawapan »

  3. Adakah terdapat aduan kilang haram yang kembali beroperasi selepas diambil tindakan?

    Klik jawapan »

97) PERMOHONAN GERAN TANAH TAMAN CHERAS PRIMA

Tahun:

Sesi:

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan perkembangan terkini permohonan geran tanah Taman Cheras Prima, daerah Hulu Langat.

    Klik jawapan »

97) PENSTRUKTURAN INDUSTRI AIR

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim

Kategori: Mulut


  1. Kerajaan negeri pada bulan Mei 2011 menyatakan hasrat sekian kalinya untuk berunding dengan Kerajaan Persekutuan bagi memuktamadkan penstrukturan industri air. Apakah perkembangan perundingan tersebut?

  2. Mengapakah kerajaan negeri lambat memuktamadkan industri ini berbanding negeri lain seperti Pulau Pinang?

  3. Adakah halangan yang utama dan signifikan sehingga proses ini tertangguh sekian lama?

97) PENGANGGURAN BELlA

Tahun:

Sesi:

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis


  1. Apakah populasi belia bagi dua tahun yang lepas mengikut kaum, jantina serta PBT?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peratusan pengangguran belia dalam Selangor dua tahun yang Iepas mengikut PBT dan program apakah yang telah dilaksanakan untuk menangani isu pengangguran dalam kalangan belia?

    Klik jawapan »

  3. Apakah perancangan kerajaan negeri untuk meningkatkan produktiviti belia secara keseluruhannya?

    Klik jawapan »

97) PROJEK PEMBESARAN KAMPUNG

Tahun:

Sesi:

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis


  1. Nyatakan kadar premium yang dicadangkan/ditetapkan terhadap baki rumah dan keluasan yang akan dibangunkan di bawah Projek Pembesaran Kampung Rasa (Desa Rening Jaya) Daerah Hulu Selangor memandangkan penjualan rumah projek tersebut adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan tidak ada berkaitan dengan konsep Pembesaran Kampung.

    Klik jawapan »

  2. Status terkini Projek Pembesaran Kampung Jawa (Taman Desa Beringin) yang terbengkalai.

    Klik jawapan »

97) MESRA USIA EMAS

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut


  1. Program kebajikan Skim Mesra Usia Emas (MUE) ternyata mendapat sambutan. Bilakah fasa kedua MUE akan dilaksanakan?

    Klik jawapan »

  2. Apakah kelebihan dan manfaat Fasa II MUE kepada warga emas di Selangor?

    Klik jawapan »

97) ANCAMAN TANAMAN PADI

Tahun:

Sesi:

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu petani-petani di Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam mengatasi masalah ancaman makhluk perosak yang telah menjejaskan hasil tanaman padi mereka?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah jumlah peruntukan yang telah diberikan bagi membantu petani-petani tersebut pada tahun 2008, 2009, 2010 dan 2011?

    Klik jawapan »