97) PENSTRUKTURAN INDUSTRI AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri pada bulan Mei 2011 menyatakan hasrat sekian kalinya untuk berunding dengan Kerajaan Persekutuan bagi memuktamadkan penstrukturan industri air. Apakah perkembangan perundingan tersebut?
-
Mengapakah kerajaan negeri lambat memuktamadkan industri ini berbanding negeri lain seperti Pulau Pinang?
-
Adakah halangan yang utama dan signifikan sehingga proses ini tertangguh sekian lama?
97) PENGANGGURAN BELlA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Apakah populasi belia bagi dua tahun yang lepas mengikut kaum, jantina serta PBT?
-
Berapakah peratusan pengangguran belia dalam Selangor dua tahun yang Iepas mengikut PBT dan program apakah yang telah dilaksanakan untuk menangani isu pengangguran dalam kalangan belia?
-
Apakah perancangan kerajaan negeri untuk meningkatkan produktiviti belia secara keseluruhannya?
97) PROGRAM MES BAGI PESERTA DUN PAYA JARAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peserta bagi program TAWAS dan SMUE bagi peserta dalam DUN Paya Jaras?
-
Bolehkah senarai, no telefon serta alamat peserta tersebut dihantar ke pejabat ADUN dalam bentuk ÒsoftcopyÓ?
97) ANCAMAN TANAMAN PADI
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu petani-petani di Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam mengatasi masalah ancaman makhluk perosak yang telah menjejaskan hasil tanaman padi mereka?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah diberikan bagi membantu petani-petani tersebut pada tahun 2008, 2009, 2010 dan 2011?
97) KLINIK DESA PULAU KETAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Klinik Desa Pulau Ketam telah mengalami kerosakkan yang teruk dan merisaukan. Adakah Kerajaan akan memberi tumpuan dan menaiktaraf klinik desa tersebut?
-
Jika ya, sila nyatakan butir-butirnya
-
Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya
97) PROJEK TERBENGKALAI DI SELAYANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini projek terbengkalai di selayang? Bilakah ianya dapat diteruskan kerana pembeli telah menunggu hampir 10 tahunÉ.projek ini akan menjadi satu kelebihan / mileage bagi pakatan rakyat jika ianya dapat dipulihkan
97) MESRA USIA EMAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Program kebajikan Skim Mesra Usia Emas (MUE) ternyata mendapat sambutan. Bilakah fasa kedua MUE akan dilaksanakan?
-
Apakah kelebihan dan manfaat Fasa II MUE kepada warga emas di Selangor?
97) PROJEK AGROTEK TERNAKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan hasil projek penternakan dari projek agrotek penternakan yang menggunakan baka yang baik?
-
Berapa peserta yang telah berjaya dan senaraikan keuntungan peserta dan kos program?
97) SISTEM MAKLUMAT REKOD JALAN RAYA MALAYSIA (MARRIS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah peruntukan penyenggaraan tahunan jalan raya yang disediakan dalam geran Sistem Maklumat Rekod Jalan raya Malaysia (MARRIS) bagi memperbaiki dan meningkatkan kualiti jalan raya di negeri Selangor daripada tahun 2006-2010.
-
Senaraikan jumlah peruntukan MARRIS kepada setiap JKR mengikut daerah dan PBT dalam tahun 2006-2010
-
Senaraikan penggunaan MARRIS oleh JKR Daerah Gombak pada tahun 2006-2010 bagi tujuan menaiktaraf dan menjaga keadaan jalan negeri
97) PROGRAM HIJRAH SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak pembiayaan Hijrah telah dibelanjakan dari mula program ini dilaksanakan sehingga Disember 2017 ?
-
Berapa ramai usahawan telah dibantu dalam skim ini ?
-
Berapa ramai penerima bantuan mengikut pecahan kaum Melayu, Cina dan India ?
