10) INSENTIF KERAJAAN UNTUK SOKONG USAHA SENI KEBUDAYAAN TRADISIONAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah insentif yang boleh diberi kepada aktivis seni budaya tradisi Melayuyang mempunyai bakat tetapi tiada kewangan untuk melonjakkan lagi pencapaian potensi dan sekaligus mewariskan kepada golongan muda , seperti pasukan gamelan, silat dan permainan tradisi?
-
Bantuan kewangan Kerajaan Negeri?
10) JUMLAH ADUAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan jumlah aduan yang diterima bagi setiap PBT sepanjang dua tahun lepas melibatkan prestasi perkhidmatan PBT
10) INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan institusi pengajian tinggi yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor mengikut peratusan milikan.
-
Senaraikan aset-aset yang dimiliki oleh institusi-institusi pengajian tinggi milik Kerajaan Negeri Selangor
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan teruskan dasar untuk jualkan tanah UNISEL bagi membiayai pinjaman PTPTN untuk mahasiswa-mahasiswa UNISEL?
10) PERTANIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha sokongan Kerajaan Selangor bagi memastikan nasib golongan petani (padi) terbela dari sudut pendapatan bulanan?
-
Apakah insentif kerajaan kepada golongan belia yang berminat dan telah berusaha menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan?
-
Adakah kerajaan bercadang untuk menetapkan produk pertanian mengikut daerah atau zon?
10) ISU JALAN BERLUBANG (POT-HOLE)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri bagi memastikan setiap penampalan jalan berlubang dilakukan dengan kadar segera?
10) RUMAH SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini dan jumlah pembinaan rumah Selangorku daripada tahun 2016 sehingga kini mengikut mukim?
-
Berapa ramai pemohon rumah selangorku yang masih belum berjaya mendapatkan rumah Selangorku?
10) CAWANGAN BARU JABATAN ALAM SEKITAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah Jabatan Alam Sekitar Selangor berhasrat menubuhkan cawangan di Daerah Hulu Selangor memandangkan Cawangan Gombak kekurangan anggota penguatkuasa untuk memantau kilang perindustrian dan pembakaran terbuka yang semakin bertambah di Hulu Selangor. Jika tidak, nyatakan sebabnya.
10) PROJEK JAMBATAN BATANG KALI
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
-
Projek pelebaran jambatan batang kali kini telah lewat untuk disiapkan dari tarikh yang telah ditetapkan. Apakah langkah segera Kerajaan Negeri untuk membendung masalah trafik yang semakin meruncing terutamanya ketika waktu puncak ?
-
Harap cadangan alternatif untuk selesaikan masalah trafik ini
10) KEMPEN TANPA BEG PLASTIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Setakat mana pencapaian kerajaan dalam mempopularkan kempen tanpa beg plastik dengan hari tanpa beg plastik setiap Sabtu di Selangor?
-
Siapakah pasaraya-pasaraya yang terlibat?
-
Apakah maklum balas kerajaan terhadap kritikan bahawa caj 20 sen untuk setiap beg plastik yang diberi setiap hari Sabtu adalah terlalu mahal dan membebankan pengguna?
10) PERUNTUKAN ADUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Pada awal tahun 2011, YAB Dato MB mengumumkan Kerajaan Negeri akan memberi Peruntukan RM1juta kepada setiap DUN untuk memperbaiki longkang dan jalan di Selangor. Peruntukan di Kawasan DUN yang dimenangi oleh calon Barisan akan diuruskan oleh EXCO Kerajaan Selangor atau penyelaras Pakatan Rakyat. Siapakah yang bertanggungjawab mengurus Peruntukan yang disebut di atas?
-
Nyatakan dengan terperinci penggunaan peruntukan RM3juta bagi ketiga-tiga DUN dalam Hulu Selangor. Senaraikan penggunaan peruntukan ini daripada yang tertinggi hinggalah kepada yang terendah.
-
Apakah langkah-Iangkah yang telah dilaksanakan untuk mengelakkan kesalahguna peruntukan tersebut?
