10) PENCEMARAN ALAM SEKITAR SERIUS OLEH SEBUAH KILANG DI LOT 8942, JALAN BESAR, KAMPUNG TELOK GONG, 42000 PELABUHAN KLANG, SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Bertulis
-
Sebuah kilang di Lot 8942, Jalan Besar, Kampung Telok Gong, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor telah mengeluarkan bau yang sangat busuk dan juga asap yang amat menyesakkan pernafasan dan menjejaskan kesihatan penduduk-penduduk bersebelahan dan murid-murid di sekolah SJK(C) Lee Min yang berdekatan. Beberapa aduan telah dikemukakan kepada pihak berkenalan tetapi tiada tindakan langsung. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengatasi pencemaran alam sekitar ini?
10) KUTIPAN DAN PENGAGIHAN ZAKAT
Tahun:
Sesi:
Isu: hal ehwal islam
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Minta kerajaan negeri nyatakan jumlah dan statistik penerima zakat mengikut pengelasan di kawasan DUN Kajang dari tahun 2010-2013
-
Minta kerajaan negeri kemukakan jumlah kutipan zakat dan jumlah kutipan yang telah diagihkan kepada penerima dari tahun 2010-2013
-
Minta kerajaan negeri kemukakan unjuran kutipan zakat oleh Lembaga Zakat Selangor dalam tempoh 5 tahun akan datang.
10) ISU JALAN BERLUBANG (POT-HOLE)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri bagi memastikan setiap penampalan jalan berlubang dilakukan dengan kadar segera?
10) RUMAH SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini dan jumlah pembinaan rumah Selangorku daripada tahun 2016 sehingga kini mengikut mukim?
-
Berapa ramai pemohon rumah selangorku yang masih belum berjaya mendapatkan rumah Selangorku?
10) PELUANG PEKERJAAN DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh pelabur-pelabur di Selangor pada tahun 2016.
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk menambah jumlah peluang pekerjaan di Selangor?
10) PERPUSTAKAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor bagi tahun 2007-2013.
-
Senaraikan jumlah peruntukan yang telah digunakan untuk membina perpustakaan cawangan/bandar/desa mengikut pecahan daerah bagi tahun 2007-2013 dan sasaran pembinaan perpustakaan baru untuk 2013-2018.
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi menggalakkan budaya membaca dan mempelbagaikan penyampaian ilmu untuk melahirkan warga negeri yang minat menuntut ilmu?
10) PERUNTUKAN KEPADA PIHAK JPS
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Mulut
-
Adakah peruntukan disediakan kepada pihak (JPS) untuk memperbaiki longkang-longkang yang tersumbat dan rosak teruk dan menyebabkan penambahan peratusan pesakit-pesakit denggi dalam DUN Selat Klang?
10) SIMPANAN TUNAI KERAJAAN NEGERI SELANGOR MENINGKAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Syabas terhadap Kerajaan Negeri Selangor kerana berjaya meningkatkan simpanan kewangan dari RM500 juta (2007) kepada RM 1.9 bilion (Disember 2011). Apakah faktor yang memberi sumbangan ke arah peningkatan simpanan tersebut?
-
Apakah kaedah terbaik untuk menggunakan simpanan ini untuk memberi faedah kepada rakyat?
-
Apakah sektor utama yang diberi perhatian daripada penggunaan simpanan ini?
10) BANTUAN KEWANGAN PENYAKIT HAWAR DAUN BAKTERIA (BLB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Apakah syarat-syarat melayakkan seseorang pesawah menerima bantuan kewangan tersebut?
-
Berapakah jumlah penerima bantuan kewangan ini?
-
Adakah kesemua penerima bantuan telah menerima bantuan tersebut?
10) AJARAN AGAMA SESAT DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Apakah definisi terhadap ajaran agama Islam yang sesat di Selangor?
-
Senaraikan semua ajaran agama Islam yang sesat di Selangor serta butiranbutiran terperinci terhadap aktiviti mereka dan cara-cara yang telah diambil oleh pihak berkuasa terhadap mereka.
