11) BEKALAN AIR DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah takungan air yang terdapat di negeri Selangor dan apakah ianya mencukupi untuk seluruh negeri Selangor?
-
Berapakah jumlah air yang dikategorikan minimum bagi setiap kolam takungan air?
-
Apakah yang menyebabkan Syarikat Bekalan Air Selangor yang menolak banyak permohonan Syarikat Perumahan dan Pembangunan bagi memohon sumber air dengan member alasan tekanan tidak mencukupi.
11) TANAH PERKUBURAN DI DAERAH PETALING
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan bercadang untuk menaikkan caruman kepada tabung pembangunan tanah perkuburan di Selangor daripada para pemaju?
-
Sila memberi penerangan tentang pembangunan tanah-tanah perkuburan baru di negeri Selangor.
-
Adakah kerajaan Selangor bercadang untuk menggalakkan orang ramai untuk cara krematorium dan menara abu mayat (ash tower) untuk menjimatkan penggunaan tanah?
11) WIFI SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah pemeriksaan berskala terhadap Wifi Selangorku dilakukan? Jika ya, nyatakan butir-butirnya.
-
Nyatakan jumlah lokasi Wifi Selangorku yang kelajuannya adalah kurang daripada 1Mbps mengikut Daerah.
-
Adakah pembekal baru Wifi Selangorku membuka Facebook, Twitter dan emel pegawai bagi orang awam membuat aduan?
11) RIZAB KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Berapakah rizab terkumpul Negeri Selangor sehingga 30 September 2015 ?
-
Berapakah rizab Negeri Selangor terkumpul berakhir 30 Disember tiap-tiap tahun dari tahun 2008 hingga 2014 ?
-
Apakah faktor penyumbang kenaikan rizab ini ?
11) TUDUHAN BAHAWA PBT SELANGOR HUTANG BIL ELEKTRIK TNB
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Meminta kerajaan menjelaskan sama ada benar bahawa PBT-PBT di Selangor, khususnya Majlis-majlis Daerah di Selangor, berhutang dengan Tenaga Nasional Berhad sehingga lampu-lampu jalan tidak dapat berfungsi seperti biasa pada waktu malam? Sila sertakan butiran dan statistik
11) PELUPUSAN SISA PEPEJAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Berapakah kawasan pelupusan sisa pepejal yang diurus oleh pihak PBT Hulu Selangor? Nyatakan lokasinya
-
Berapakah kawasan pelupusan sisa pepejal di dalam DUN Batang Kali yang diurus oleh pihak bukan PBT yang diberi lesen?
-
Apakah kriteria pemberian lesen kepada pihak pengurusan pelupusan sisa pepejal yang bukan diurus oleh PBT?
11) TANAH LAPANG DI TEPI SRJK (T) AMPANG, JALAN AMPANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
2 tapak kosong di sebelah sekolah tersebut, satu untuk pejabat Rela dan satu untuk Dewan Orang Ramai adalah hak milik siapa?
-
Sama ada kerajaan boleh pinjam atau pindah milik tanah tersebut kepada SRJK (T) Ampang untuk menjalankan aktiviti sekolah.
-
Siapakah pengurus untuk kedua-dua dewan ini?
11) JALAN PERSEKUTUAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kod nombor dan panjang jalan kesemua jalan Persekutuan di Selangor di bawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya serta perbelanjaan yang terlibat untuk menyelenggara jalan-jalan ini sejak tahun 2013 sehingga sekarang.
11) KEMISKINAN BANDAR WARGA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan kemiskinan warga kota?
-
Adakah Kerajaan mempunyai rancangan untuk mengkaji kadar kemiskinan warga kota selaras dengan kajian UNICEF iaitu "Children without: A study of urban child poverty and deprivation in low-cost flats in Kuala Lumpur"?
11) JAWATANKUASA KHAS TEBATAN BANJIR SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Nyatakan masalah-masalah yang telah diselesaikan oleh jawatankuasa ini pada tahun 2015?
-
Apakah perancangan jangka masa panjang dalam menyelesaikan masalah banjir di Selangor?
