99) PUSAT WANITA BERDAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah pencapaian PWB dari 2015-kini?
-
Apakah elemen dan syarat pemberdayaan menjadi satu syarat untuk setiap program PWB? Jika ya, apakah kayu ukur/KPI yang diguna pakai?
-
Berapakah perincian program yang diterima dan ditolak oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor disebabkan isu (b) setiap DUN?
99) ELAUN PERUMAHAN EXCO
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Ahli exco tidak menduduki rumah-rumah yang di sediakan oleh kerajaan terdahulu kerana dianggap tidak perlu dan membazir. Berapa peruntukan elaun bulanan perumahan kepada setiap exco?
-
Berapakah jumlah tuntutan perjalanan setiap exco dari kediaman ke pejabat SUK dan kemudahan-kemudahan lainnya?
99) KAWALAN PENCEGAHAN KEBUN DAN RUMAH TERBIAR KAWASAN PERUMAHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Apakah peraturan dan kesalahan yang akan dinotiskankan atas pemilik?
-
Apakah tindakan lanjut jika pemilik tidak membersih atau memulih kawasan setelah menerima notis?
99) SKIM LATIHAN PETANI MUDA
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Apakah bentuk latihan dan insentif kerajaan bagi melahirkan petani moden yang berkemahiran tinggi dalam pertanian sawah padi?
-
Apakah skim latihan dan insentif ini melibatkan syarikat swasta?
99) SKIM VSS KAKITANGAN KHSB
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Lembaga Pengarah Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) telah meluluskan skim VSS pada 23 April 2009. Sehingga bulan Oktober 2009: Adakah skim ini telah dilaksanakan?
-
Adakah sudah wujud senarai nama kakitangan yang telah atau akan ditawarkan skim ini?
-
Berapakah jumlah perbelanjaan yang terlibat bagi KHSB sekiranya skim ini dilaksanakan sepenuhnya?
99) KEPERLUAN BERAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak beras yang di import untuk Negeri Selangor?
-
Adakah pendekatan baru untuk meningkatkan hasil tanaman padi?
-
Bagaimana dengan pendekatan untuk menangani serangan serangga?
99) KAWALAN PEMBANGUNAN PERUMAHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Sejauh mana Kerajaan Negeri mengawal dan memperkemaskan peraturan terhadap pengusaha-pengusaha membangunkan projek perumahan dan penjualan tanah-tanah lot, daripada berlakunya kes penipuan kepada pembeli, banjir lumpur, tanah runtuh dan pencemaran sumber air sungai.
-
Mohon penjelasan
99) RIZAB PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan wang rizab yang ada pada setiap PBT di Selangor sehingga 2009.
-
Bagaimana kerajaan dapat menggunakan wang ini sebaik-baiknya untuk kepentingan rakyat dan negeri?
99) PEMBERIAN KERJA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah syarikat yang telah mendapat kerja secara runding terus melalui Pegawai Kewangan Negeri dan jelaskan kriteria pemilihannya?
99) LANGKAH KESELAMATAN BANGUNAN PANGSAPURI KEDIAMAN PKNS
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah yang diambil bagi memastikan keselamatan bangunan pangsapuri kediaman di bawah PKNS di seluruh Negeri Selangor ekoran kejadian keretakan struktur bangunan Pangsapuri Taman Keramat?
