105) PREMIS JUDI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan jumlah premis judi yang beroperasi bagi setiap PBT
105) PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan kedudukan kewangan PKPS dari tahun 2008 hingga 2013?
-
Sila senaraikan jumlah pendapatan Ladang Kelapa Sawit PKPS secara detail sejak tahun 2008 hingga 2013?
-
Sila senaraikan butiran terperinci pelaburan-pelaburan PKPS yang mengalami kerugian sejak 5 tahun yang lalu?
105) DASAR PERUMAHAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar Kerajaan Negeri Selangor bagi menyelesaikan permasalahan rumah kos rendah pasca dasar setinggan sifat?
-
Apa langkah yang diambil oleh kerajaan bagi menangani masalah perumahan di kalangan rakyat berpendapatan rendah?
105) ORANG KURANG UPAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan statistik orang kurang upaya dalam empat tahun yang lepas mengikut PBT
-
Berapakah jumlah nilai kelengkapan yang diberikan kepada OKU tahun lepas mengikut PBT?
-
Apakah dasar kerajaan negeri ke arah mewujudkan persekitaran yang mesra warga kurang upaya?
105) KILANG HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah kehilangan hasil premium yang sepatutnya dikutip daripada kilang-kilang yang beroperasi secara haram (tanpa kebenaran).
-
Nyatakan jumlah kilang-kilang yang masih beroperasi secara haram (tanpa kebenaran) dan tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri ke atas pemilik kilang tersebut.
105) PERLANTIKAN AHLI-AHLI MAJLIS PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Apakah syarat dan peraturan ditetapkan oleh Kerajaan Negeri melantik Ahli-Ahli Majlis di PBT? Sila menyatakan nama calon, Parti Politik, jumlah dan bilangan yang diwajibkan menduduki peperiksaan bagi penggal 2014
-
Nama calon yang LULUS dan GAGAL peperiksaan tersebut
-
Siapakah yang menyediakan soalan peperiksaan tersebut?
105) TEBATAN BANJIR DAN PENGURUSAN SUMBER AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah status rancangan pembinaan kolam takungan tebatan banjir sekitar lembaran perairan sungai di Selangor?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil untuk mencegah pencemaran sumber air ?
-
Apakah rancangan Kerajaan dalam meningkatkan kualiti air sungai dan menggalakkan aktiviti rekreasi berasaskan jasad air?
105) PENYUSUTAN NILAI RINGGIT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Adakah pendapatan kerajaan negeri Selangor terkesan dengan penyusutan berterusan nilai ringgit semenjak awal tahun ini?
-
Sektor industri manakah yang paling terkesan di Selangor dan berapakah anggaran pendapatan yang terkesan?
105) Terdapat Banjir Di Kawasan Kampung Akibat Pembangunan Tanpa Kebenaran
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan untuk menyelesaikan masalah tersebut?
105) TANDA DIRAIKAN KEPERCAYAAN AGAMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah peraturan yang telah diwujudkan bagi membolehkan penganut agama Buddha merasakan yang mereka diraikan seperti meletakkan tokong mini di tepi jalan, di simpang, di tepi sungai, dan di kawasan lapang yang tidak terpakai?
