104) USAHAWAN DAN INDUSTRI DESA DAN KAMPUNG TRADISI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan usahawan dan industri yang dikembangkan melalui desa dan kampung tradisi.
104) PELUANG PEKERJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah peluang pekerjaan yang ditawarkan pada 2018.
-
Nyatakan peratusan peluang pekerjaan yang ditawarkan pada 2017 yang telah diisi.
104) PROJEK PERINTIS TANAMAN PADI
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan latar belakang dan perkembangan terkini projek tersebut?
-
Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan tahunan yang disalurkan untuk menjayakan projek tersebut?
-
Sila nyatakan adakah terdapat perubahan sikap dan disiplin kerja para petani ke arah yang lebih positif selepas menyertai projek tersebut?
104) KESELAMATAN DAN JENAYAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha-usaha terbaru Kerajaan Negeri dalam menjamin keselamatan penduduk-penduduk Selangor di kawasan awam dan perumahan?
-
Memandangkan kadar jenayah membimbangkan, adakah Kerajaan Negeri akan menambah infrasturktur-infrastruktur seperti lampu dan CCTV bagi membantu situasi ini? Sekiranya ya, berapakah bajetnya untuk setiap DUN?
104) KEMUDAHAN KESIHATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan merancang untuk mewujudkan Pusat Dialisis Rakyat bagi membantu meringankan bebanan pesakit di setiap kawasan Dewan Negeri di seluruh Negeri Selangor?
104) PERUNTUKAN KAWASAN DEWAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Bagaimana caranya penggunaan peruntukan RM500,000.00 untuk setiap kawasan Dewan Negeri ?
104) GAJI GURU SEKOLAH RENDAH AGAMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan butir-butir terperinci sekolah-sekolah rendah agama yang terletak di bawah pengendalian Jabatan Agama Islam Selangor mengikut PBT (nama sekolah, lokasi, jumlah murid) dan apakah dasar kerajaan negeri Selangor dalam pengendalian Sekolah Rendah Agama yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan
-
Berikan maklumat yang terperinci tentang kedudukan kewangan Jabatan Agama Islam Selangor sehingga bulan Jun. Ulaskan prestasi kewangan JAIS.
-
Berapakah jumlah peruntukan yang diberikan kepada Sekolah-sekolah Agama dalam tahun 2007 serta 2008 dan adakah kerajaan negeri akan mengkaji semula kadar gaji guru sekolah agama sedia ada? Ulaskan.
104) SISTEM PARIT DI JALAN BANTING, PANDAMARAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Parit di sepanjang Jalan Banting, Pandamaran telah lama tidak diselenggara mengakibatkan air bertakung di atas permukaan jalan. Ini telah membahayakan pengguna jalan raya di Jalan Banting, Pandamaran kerana kebanyakan pengguna jalanraya tersebut adalah penunggang motorsikal. Adakah Kerajaan Selangor dapat memperuntukan kepada JKR Selangor untuk menaiktaraf jalan tersebut kerana jalan tersebut adalah di bawah Kerajaan Persekutuan?
104) PENWARTAAN TANAH DI DAERAH HULU LANGAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Jumlah permohonan penwartaan tanah dari kawasan lapang ke tanah milik yang telah diproses di daerah Hulu Langat sejak tahun 2004. Sila sebutkan kawasan, saiz tanah, tujuan penwartaan, nama pemohon dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terlibat.
-
Sila nyatakan tanah-tanah yang sedang dipohon dan akan diwartakan di bawah Majlis Perbandaran Ampang Jaya sejak 8hb Mac 2008.
-
Syarat-syarat dan undang-undang yang perlu dipatuhi dalam penwartaan tanah dari kawasan lapang dan rezab hutan kepada tanah milikan
104) MASALAH KILANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan kilang yang telah diluluskan semasa program pemutihan kilang dijalankan. Bilangan kilang mengikut daerah/PBT?
-
Berapakah bilangan kilang haram di DUN Meru di bawah pentadbiran MPK. Apakah tindakan yang diambil untuk mengekang masalah kilang haram ini?
