104) TANAH-TANAH BANGLO
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Sila berikan latar belakang dan kronologi pemberian tanah-tanah banglo di kawasan perumahan USJ 3B dan USJ 3D ( seperti butir-butir kegunaan asal, tarikh permohonan, kelulusan, bayaran dan sebagainya).
-
Sila senaraikan nama pemilik, jumlah premium tanah yang telah dibayar dan cara penjualan tanah-tanah banglo ini (sama ada melalui rundingan terus, iklan atau sebagainya).
-
Mengapakah soalan ini tidak dijawab semasa ditanya pada tahun 2008?
104) RUMAH IBADAT ISLAM DAN BUKAN ISLAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan senarai tapak tanah yang diberikan kepada Rumah Beribadat Islam dan Rumah Beribadat Selain Islam.
-
Adakah Kerajaan Selangor bersedia untuk mensyaratkan sebahagian tanah/bangunan untuk projek-projek baru sebagai tempat beribadat agama?
104) PELAN CATUAN BEKALAN AIR DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Mulut
-
Apakah Penunjuk Aras catuan air di negeri Selangor?
-
Adakah ianya berdasarkan paras air di Empangan atau paras air di sungai berhampiran Loji Rawatan Air (LRA)?
-
Benarkah kerajaan negeri menggunakan air dari Empangan dan bukannya dari sungai untuk diagihkan kepada pengguna?
104) PENWARTAAN TANAH DI DAERAH HULU LANGAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Jumlah permohonan penwartaan tanah dari kawasan lapang ke tanah milik yang telah diproses di daerah Hulu Langat sejak tahun 2004. Sila sebutkan kawasan, saiz tanah, tujuan penwartaan, nama pemohon dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terlibat.
-
Sila nyatakan tanah-tanah yang sedang dipohon dan akan diwartakan di bawah Majlis Perbandaran Ampang Jaya sejak 8hb Mac 2008.
-
Syarat-syarat dan undang-undang yang perlu dipatuhi dalam penwartaan tanah dari kawasan lapang dan rezab hutan kepada tanah milikan
104) GAJI GURU SEKOLAH RENDAH AGAMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan butir-butir terperinci sekolah-sekolah rendah agama yang terletak di bawah pengendalian Jabatan Agama Islam Selangor mengikut PBT (nama sekolah, lokasi, jumlah murid) dan apakah dasar kerajaan negeri Selangor dalam pengendalian Sekolah Rendah Agama yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan
-
Berikan maklumat yang terperinci tentang kedudukan kewangan Jabatan Agama Islam Selangor sehingga bulan Jun. Ulaskan prestasi kewangan JAIS.
-
Berapakah jumlah peruntukan yang diberikan kepada Sekolah-sekolah Agama dalam tahun 2007 serta 2008 dan adakah kerajaan negeri akan mengkaji semula kadar gaji guru sekolah agama sedia ada? Ulaskan.
104) Pengangguran Belia
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah kadar pengangguran belia di Selangor akibat Covid-19?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk membantu golongan belia yang menganggur?
104) PROJEK PEMBENTUNGAN DI HULU KELANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berkenaan dengan projek ini, adakah Kerajaan Negeri merancang untuk mengadakan siasatan terhadap tindakan yang dilihat oleh beberapa pihak sebagai sabotaj dan menyusahkan rakyat agar mereka membenci Kerajaan Negeri?
104) SENARAI TANAH DIBERI HAK MILIK DAERAH PETALING
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Satu senarai lot tanah yang telah diberi hak milik kekal dan sementara di Daerah Petaling untuk setahun yang lalu
-
Nyatakan pemohon-pemohon tanah yang dimaksudkan itu.
104) SETINGGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
YAB DATO' Menteri Besar pernah menyatakan dalam dewan yang mulia ini, negeri Selangor berhadapan dengan permasalahan setinggan dan kemiskinan yang serius di kawasan bandar dan pinggir bandar. Apakah Pelan Tindakan Negeri bagi menghadapi isu setinggan ini?
104) IBU TUNGGAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah ibu tunggal di Selangor?
-
Adakah kerajaan negeri akan memberi bantuan yang lebih spesifik kepada ibu tunggal?
-
Jika tidak, mengapa? Jika ya, apakah rancangan tersebut?
