104) TINDAKAN JABATAN KASTAM SELANGOR MENARIK BALIK NOTIS BAYARAN CUKAI DARIPADA CARLSBERG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Tindakan Kerajaan Persekutuan tidak dipertanggungjawabkan ke atas Kerajaan Negeri. Namun apabila dilaporkan dalam The Edge bahawa Jabatan Kastam Selangor telah membatalkan notis tuntuan cukai berjumlah RM20.65 juta, ia telah menimbulkan persepsi negatif terhadap Kerajaan Selangor. Sila beri pencerahan.
104) PROJEK PASIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Boleh nyatakan berapakah pendapatan pasir dari Kerajaan Negeri Selangor dalam tahun 2014 dari Januari hingga Oktober 2014 dan apakah bentuk kawalan dibuat terhadap projek tersebut.
104) PENDAPATAN KUMPULAN WORLDWIDE HOLDINGS BERHAD (WHB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah pendapatan dan jumlah kewangan WHB pada tahun 2014?
-
Nyatakan peraturan dan prosedur bagi memastikan perbelanjaan pendapatan berhemat WHB?
104) HARTA KUMPULAN DARUL EHSAN BERHAD (KDEB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan nilai harta tunai dan bukan tunai KDEB serta anak syarikatnya?
-
Nyatakan aset harta KDEB nilai dan lokasinya dan yag telah dijual dari 2008- 2013?
104) PROJEK LRT3
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Projek LRT 3 dalam pembinaan di sepanjang Jalan Langat Klang. Akan tetapi kawasan sekitar di jalan tersebut tidak diselenggara dan tiada pantauan dari JKR telah mengakibatkan rumput panjang, jalan berlubang, lampu isyarat tidak berfungsi dengan sempurna dan lain-lain. Apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak JKR untuk memastikan kawasan projek boleh diselenggara dengan sempurna?
104) ISU KERETAKAN DI INDAHRIA – MBSA
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini isu kes keretakan di Pangsapuri Indah Ria Seksyen 22 Shah Alam?
-
Apakah yang menyebabkan kes ini masih belum dapat diselesaikan?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor bagi menyelesaikan perkara ini?
104) KEDIAMAN MAMPU MILIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Di dalam kawasan DUN Dengkil berapakah jumlah rakyat yang telah dibantu untuk memiliki rumah sendiri dari tahun 2008 hingga 2012?
-
Berapakah jumlah rumah mampu milik yang telah dibina di Negeri Selangor dari tahun 2008 hingga 2012?
-
Bagaimanakah proses pemilihan untuk permohonan rumah mampu milik dilaksanakan?
104) PROJEK PERINTIS TANAMAN PADI
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan latar belakang dan perkembangan terkini projek tersebut?
-
Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan tahunan yang disalurkan untuk menjayakan projek tersebut?
-
Sila nyatakan adakah terdapat perubahan sikap dan disiplin kerja para petani ke arah yang lebih positif selepas menyertai projek tersebut?
104) TANAH-TANAH BANGLO
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Sila berikan latar belakang dan kronologi pemberian tanah-tanah banglo di kawasan perumahan USJ 3B dan USJ 3D ( seperti butir-butir kegunaan asal, tarikh permohonan, kelulusan, bayaran dan sebagainya).
-
Sila senaraikan nama pemilik, jumlah premium tanah yang telah dibayar dan cara penjualan tanah-tanah banglo ini (sama ada melalui rundingan terus, iklan atau sebagainya).
-
Mengapakah soalan ini tidak dijawab semasa ditanya pada tahun 2008?
104) TAMAN KEKAL PENGELUAR MAKANAN (TKPM)
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Apakah program susulan kepada peserta TKPM?
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri membantu dalam memasarkan hasil produk peserta TKPM?
