104) PROGRAM SEROJA
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan lokasi, jenis bantuan dan pangsapuri yang menyertai Program Seroja mengikut daerah?
-
Berapakah jumlah permohonan yang belum diluluskan mengikut PBT di Selangor?
104) DATARAN BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun:
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak projek dataran belia yang telah diluluskan dan berapa banyak yang telah disiapkan sehingga Oktober 2012 ?
-
Berapa banyak peruntukan diperlukan untuk dataran belia Selangor ?
-
Apakah jenis kemudahan yang disediakan di Dataran Belia Selangor ?
104) SISTEM PARIT DI JALAN BANTING, PANDAMARAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
-
Parit di sepanjang Jalan Banting, Pandamaran telah lama tidak diselenggara mengakibatkan air bertakung di atas permukaan jalan. Ini telah membahayakan pengguna jalan raya di Jalan Banting, Pandamaran kerana kebanyakan pengguna jalanraya tersebut adalah penunggang motorsikal. Adakah Kerajaan Selangor dapat memperuntukan kepada JKR Selangor untuk menaiktaraf jalan tersebut kerana jalan tersebut adalah di bawah Kerajaan Persekutuan?
104) PEMBANGUNAN BELlA DAN SUKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Apakah kemudahan-kemudahan sukan yang disediakan oleh kerajaan kepada seluruh rakyat negeri Selangor mengikut daerah?
-
Apakah tindakan yang dibuat kepada kontraktor-kontraktor penyelenggaraan yang gagal menyelenggarakan kemudahan-kemudahanini yang menyebabkan ia tidak dapat digunakan oleh orang ramai? Nyatakan kontraktor-kontraktor yang bermasalah ini?
-
Berapakah peruntukan kerajaan negeri untuk pembangunan belia dan sukan di negeri ini bagi memastikan belia-belia diisi dengan aktiviti berfaedah mengikut pecahan jenisnya?
104) ISU SG BULOH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri didapati cuba menarik balik tanah Penanam Bunga di Jalan Sg Buloh dan tanah tersebut diberi kepada Yayasan Selangor. Apakah alasan Kerajaan Negeri memberi tanah tersebut kepada Yayasan Selangor?
-
Adakah Kerajaan Negeri akan memberi ganti rugi kepada pengusaha yang terjejas di dalam kejadian ini?
-
Apakah cadangan kerajaan negeri untuk menempat semula penanam bunga yang terlibat dalam isu ini?
104) PENGURUSAN SISA PEPEJAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah status rancangan pengwujudan Pusat Pelupusan Sampah konsep teknologi hijau untuk semua PBT di Selangor?
-
Adakah Kerajaan mempunyai rancangan penguatkuasaan pengasingan sisa domestik di sumber (separation at source)?
-
Apakah rancangan pengurusan sisa komersial untuk memastikan tiada ketirisan yang mengakibatkan pencemaran?
104) PAPAN IKLAN ( BILLBOARD )
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Berapakah hasil kutipan papan iklan oleh MBPJ selepas garis panduan baru diguna pakai berbanding dengan kutipan tahun 2007?
-
Bilakah garis panduan ini akan dilaksanakan di PBT yang lain?
104) INFRASTRUKTUR UNTUK BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah dan jenis kemudahan untuk para belia yang telah dibina oleh kerajaan negeri mengikut PBT/Daerah?
-
Apakah perancangan kerajaan negeri untuk membantu para belia melalui penyediaan kemudahan untuk mereka?
104) SYARIKAT DIBAWAH DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Senaraikan anak syarikat dibawah DEIG?
-
Nyatakan jumlah aset yang dimilik DEIG?
-
Bagaimanakah DEIG mampu meningkatkan pulangan kewangan untuk negeri?
104) KEBAJIKAN WARGA EMAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan taraf hidup dan kebajikan warga emas di Selangor?
