106) TABUNG INFRA SOSIAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan projek dan program yang telah menggunakan tabung infra sosial di daerah Kuala Langat sejak tahun 2008 hingga kini?
-
Pecahan penggunaan tabung infra sosial sejak tahun 2008 hingga kini setiap PBT?
-
Adakah jumlahnya akan bertambah pada tahun 2015?
106) DIDUDUKI TEMPAT PARKING SECARA HARAM DI CHERAS INDAH, JALAN PANDAN INDAH (NAMA SYARIKAT:CHEONG HIN) DI KAWASAN MPAJ
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan sebab-sebab MPAJ membenarkan syarikat tersebut diduduki tempat parking dan juga menukar jalan tersebut ke jalan sehala?
-
Ada apa langkah-Iangkah untuk menyusun balik jalan dan tempat parking di kawasan tersebut?
-
Berapa parking lot yang disewa kepada syarikat tersebut?
106) PROJEK MARRIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila menyatakan Projek MARRIS yang telah dijalankan sejak Tahun 2008 hingga Bulan Oktober 2013 di dalam kawasan DUN Telok Datok
106) CUKAI TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Apakah yang menyebabkan masalah pembayaran cukai tanah di mana rakyat menghadapi masalah seperti akaun masih tunjuk tunggakan walaupun bil sudah dibayar, bil menunjukkan jumlah pembayaran yang salah dan lain-lain?
-
Sila nyatakan rancangan penyelesaian kepada masalah tersebut?
106) PELANTIKAN KETUA KOMUNITI INDIA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Apakah proses perlantikan Ketua Komuniti India? Adakah semua Ketua Komuniti ialah ahli PKR?
-
Mengapakah pelantikan Ketua Komuniti India tidak berlaku sejak November 2014?
-
Adakah Ketua Komuniti India diberi elaun seperti Ketua Kampung Tradisi / Kampung Baru Cina?
106) PROJEK GERAN SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Berapa banyak yang telah dibelanjakan dari keseluruhan RM 300 Juta yang diperuntukkan ?
-
Berapa banyak NGO yang memperolehi manfaat dari program geran Selangorku khusus dalam program sosial dan penyuburan demokrasi ?
106) KOMPLEKS SUKAN PKNS KELANA JAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri telah mengarahkan untuk PKNS untuk mengadakan dialog dengan penduduk SS 7 Kelana Jaya berhubung pembangunan semula Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya selepas dibangkitkan pada Sidang yang lepas. Bilakah dialog tersebut akan diadakan?
106) SEWA PETAK PASAR PAGI DAN MALAM SETIAP PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kutipan sewa petak pasar pagi dan malam tahun 2013 dan hingga kini di setiap PBT?
-
Adakah kerajaan negeri kaji semula untuk menurunkan kadar sewa petak setiap RM4?
-
Jumlah perbelanjaan kutipan sampah digunakan?
106) 100,000 KERJA GAJI TINGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan cara bagaimana Kerajaan Negeri akan memenuhi manifesto untuk menawarkan 100,000 gaji tinggi kepada anak muda.
-
Sila definisikan 'gaji tinggi'.
106) PEMBANGUNAN PROJEK PJ
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Apakah status projek PJ Elevated City memandangkan projek ini perlu disiapkan pada tempoh yang tertentu untuk menempatkan pekerja-pekerja migran di Sungai Way FTZ?
