106) HARI TANPA POLISTERINA
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mewartakan hari tanpa polisterina di Selangor?
-
Adakah Kerajaan Negeri melakukan kajian terhadap kesan bahaya penggunaan polisterina?
106) PERLUPUSAN SAMPAH DOMESTIK OLEH PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak sampah domestik yang dilupuskan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sepanjang tahun 2017?
106) KOMPLEKS SUKAN PKNS KELANA JAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri telah mengarahkan untuk PKNS untuk mengadakan dialog dengan penduduk SS 7 Kelana Jaya berhubung pembangunan semula Kompleks Sukan PKNS Kelana Jaya selepas dibangkitkan pada Sidang yang lepas. Bilakah dialog tersebut akan diadakan?
106) PELANTIKAN KETUA KOMUNITI INDIA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Apakah proses perlantikan Ketua Komuniti India? Adakah semua Ketua Komuniti ialah ahli PKR?
-
Mengapakah pelantikan Ketua Komuniti India tidak berlaku sejak November 2014?
-
Adakah Ketua Komuniti India diberi elaun seperti Ketua Kampung Tradisi / Kampung Baru Cina?
106) UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Adakah merudumnya jumlah kemasukan pelajar ke UNISEL adalah disebabkan hilang kepercayaan rakyat terhadap kerajaan negeri yang lebih mengutamakan politik daripada anak bangsa di Selangor?
-
Sejauh mana campur tangan Menteri Besar dalam mengeluarkan arahan kepada bekas Naib Canselor berhubung peletakan jawatan tiga pegawai UNISEL?
-
Apakah usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan fungsi UNISEL menjadi hub-ilmuan yang berwibawa di Selangor dan peringkat rantau antarabangsa dan adakah untuk merealisasikan ini kerajaan mensyaratkan Naib Canselor menjadi ahli Pakatan Rakyat?
106) PERTUKARAN PENTADBIRAN UNISEL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun:
Kategori: Bertulis
-
Berlaku kekecohan di UNISEL menyebabkan berlaku pertukaran pentadbiran Presiden dan Naib Canselor dan lain-lain. Apakah masalah yang membawa kepada kekecohan dan pertukaran pentadbiran?
-
Bagaimanakah prestasi UNISEL kini?
-
Berikan statistik penambahan pelajar dan pengajar atau sebaliknya sejak 5 tahun yang Iepas?
106) SEWA PETAK PASAR PAGI DAN MALAM SETIAP PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kutipan sewa petak pasar pagi dan malam tahun 2013 dan hingga kini di setiap PBT?
-
Adakah kerajaan negeri kaji semula untuk menurunkan kadar sewa petak setiap RM4?
-
Jumlah perbelanjaan kutipan sampah digunakan?
106) PEMBANGUNAN PROJEK PJ
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Apakah status projek PJ Elevated City memandangkan projek ini perlu disiapkan pada tempoh yang tertentu untuk menempatkan pekerja-pekerja migran di Sungai Way FTZ?
106) PERKHIDMATAN PUSAT URUT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Bertulis
-
Apakah justifikasi atau garis panduan dalam pengeluaran lesen perkhidmatan pusat urut?
-
Apakah perbezaan bagi lesen perniagaan rumah istirahat, hiburan dan siber kafe?
106) PEMBINAAN WAYAR VOLTAN TINGGI OLEH TNB
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Tenaga Nasional Berhad membina wayar voltan tinggi di kawasan berhampiran dengan tempat kediaman tanpa memberi taklimat kepada ADUN dan penduduk. Mengapakah wayar voltan tinggi boleh dibina berhampiran dengan tempat kediaman, misalnya Cheras Hartamas di DUN Teratai dan diluluskan oleh kerajaan?
-
Bagaimanakah ADUN dan penduduk boleh melibatkan diri dalam proses rundingan bersama pihak berkuasa supaya pembinaan wayar voltan tinggi tidak akan membawa kesan negatif kepada penduduk?
-
Apakah undang-undang yang boleh menghentikan kerja-kerja membina wayar voltan tinggi yang dilakukan oleh Tenaga Nasional Berhad?
