106) PERUNTUKAN MISI BANTUAN KEMANUSIAAN 2018
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah sumbangan kewangan dan peruntukan yang diberi kepada misi bantuan kemanusiaan oleh Kerajaan di kawasan-kawasan yang dilanda bencana dalam atau luar negara sepanjang 2018.
106) PROJEK PEMBANGUNAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah perancangan projek pembangunan Negeri Selangor dalam tempoh 5 tahun ini?
-
Sila senaraikan secara terperinci projek pembangunan yang telah diluluskan dan jumlah keluasan serta anggaran nilai pembangunan?
-
Sila kemukakan berapakah jumlah peluang pekerjaan yang bakal diwujudkan dan impak terhadap ekonomi Negeri Selangor?
106) ISU ANJING LIAR DI KAWASAN BUKIT RAHMAN PUTRA DAN KAWASAN BANDAR BARU SG. BULOH
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan segera MBSA untuk menyelesaikan masalah anjing liar yang semakin berleluasa?
-
Berapa kekerapan rondaan dalam sebulan MBSA untuk menangkap anjing liar di dalam kawasan MBSA?
106) PEMBAIKAN DAN PENURAPAN SEMULA JALAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lee Chin Cheh
Kategori: Bertulis
-
Berapakah panjang atau keluasan permukaan jalan yang telah diturap semula oleh Kerajaan Negeri dan setiap Kerajaan Tempatan dalam tahun 2012 dan jumlah yang telah dibiayai untuk kerja-kerja penurapan semula?
-
Berapakah panjang atau keluasan permukaan jalan yang telah ditampal oleh Kerajaan Negeri dan setiap Kerajaan Tempatan dalam tahun 2012 dan jumlah yang telah dibiayai untuk kerja-kerja penampalan?
-
Apakan faktor-faktor yang diambil kira oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan- Kerajaan Tempatan untuk menentukan sama ada jalan berkenaan perlu ditampal atau diturap semula?
106) KETIDAKPATUHAN SYARAT LESEN TRED, PERNIAGAAN, PERINDUSTRIAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Samada terdapatnya kesediaan untuk meningkatkan jumlah kompoun atas tred, perindustrian dan perniagaan yang melanggar syarat lesen, terutamanya syarat-syarat kebersihan?
-
Samada terdapatnya kesediaan untuk mempertimbang hukuman "community service" atas mereka yang melanggar syarat kebersihan lesen, seperti apa yang dilakukan di Singapura?
106) WANITA SELANGOR DI EKONOMI
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Berapakah kadar penglibatan wanita dalam pekerjaan di Negeri Selangor? Bandingkan dengan purata nasional.
-
Apakah polisi dan tindakan Kerajaan Negeri untuk memperdaya golongan wanita yang bekerja?
-
Apakah polisi dan tindakan Kerajaan Negeri untuk memperdaya golongan wanita yang merupakan suri rumah?
106) KES DEMAM DENGGI DAN TINDAKAN OLEH KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Setakat bulan Disember tahun 2010, berapakah jumlah kes demam denggi yang di laporkan dan taburannya mengikut daerah ?
-
Berapakah kes maut yang di laporkan dan taburannya mengikut daerah
-
Apakah langkah-langkah pencegahan yang dan akan di lakukan bagi mengatasi atau mengurangi kes denggi di Negeri Selangor ?
106) STATUS PROJEK PEMBANGUNAN SEMULA FLAT PKNS TAMAN KERAMAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah status projek pembangunan semula Flat PKNS Taman Keramat, Hulu Kelang?
106) PEMASANGAN LAMPU JALAN DI SEMENYIH-BERANANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Adakah memasang lampu jalan di sepanjang jalan besar lekas hingga jalan enam kaki Beranang termasuk dalam bajet dan perancangan PBN untuk memajukan negeri Selangor
-
Adakah peruntukan disediakan oleh PBN untuk memasang lampu jalan di lorong-Iorong kampung dan taman-taman yang bertujuan untuk mengelakkan kadar jenayah yang tinggi di Semenyih?
106) CUKAI TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Apakah yang menyebabkan masalah pembayaran cukai tanah di mana rakyat menghadapi masalah seperti akaun masih tunjuk tunggakan walaupun bil sudah dibayar, bil menunjukkan jumlah pembayaran yang salah dan lain-lain?
-
Sila nyatakan rancangan penyelesaian kepada masalah tersebut?
