118) ANAK-ANAK SYARIKAT SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah dividen dan sumbangan yang diberikan oleh Anak- anak Syarikat Selangor kepada Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2007-2012.
-
Apakah langkah-langkah yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan Anak-anak Syarikat Sel adalah bersifat kompetitif, pada masa yang sama tidak menjejaskan sistem pasaran bebas yang sedia ada?
-
Senaraikan projek-projek sosial yang dilaksanakan oleh anak-anak syarikat Negeri Selangor bagi tahun 2008-2012 dan apakah strategi Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan Anak-anak syarikat Selangor melaksanakan projek sosial khasnya dalam bidang utama seperti perumahan,pertanian dan sebagainya bagi membantu golongan yang memerlukan.
118) SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH YANG BARU DI MERU
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Bilakah sebuah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah yang baru akan dibina di Meru bagi mengatasi kesesakan pelajar di SK Sungai Binjai dan SMK Meru sekarang ini?
-
Apakah halangan yang menyebakan kelewatan pembinaan sekolah-sekolah baru di Meru?
118) PROGRAM RUMAH RAKYAT MPSJ
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pengurusan unit rumah rakyat yang masih kosong?
-
Apakah kriteria golongan yang berkelayakan dan apakah kaedah-kaedah yang digunakan untuk membuat tawaran sewaan kepada mereka?
-
Apakah langkah-langkah yang dirangka oleh Kerajaan Negeri bagi meningkatkan prestasi kutipan sewaan yang tidak memuaskan?
118) PEMBANGUNAN PELANCONGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam mempromosikan industri pelancongan negeri?
118) KAMPUNG BARU DAMANSARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Berapakah rumah yang tidak mempunyai akses jalan raya?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk melengkapkan akses jalan raya kepada semua rumah?
118) CUKAI TAKSIRAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah hasil cukai taksiran dan kadar mengikut jenis premis bagi semua PBT masing-masing.
-
Nyatakan tarikh kenaikan kadar cukai taksiran setiap PBT sebelum ini.
-
Nyatakan kadar jumlah kutipan cukai taksiran yang sepatutnya jika mengikut kadar semasa bagi PBT masing-masing.
118) UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR (UNISEL)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
-
Meminta senarai penuh jumlah bilangan pelajar dan pensyarah yang belajar dan berkhidmat di Universiti Industri Selangor (Unisel) mengikut kaum dan kursus setiap tahun sejak bermula
-
Sama ada barisan pengurusan tertinggi Unisel akan diganti dengan golongan akademik berwibawa
118) PENCAPAIAN BANTUAN GOLONGAN MISKIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah orang miskin yang telah diberi bantuan oleh kerajaan Selangor sejak 2008?
-
Berapakah lagi orang miskin yang tidak mendapat bantuan? Bagaimana kerajaan negeri mendapat angka tersebut?
-
Apa perancangan kerajaan untuk mengatasi masalah kemiskinan secara berkesan di Selangor?
118) HOTEL-HOTEL DAN RUMAH-RUMAH TUMPANGAN MILIKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR, PBT ATAU SYARIKAT-SYARIKAT NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan nama, lokasi dan nombor telefon hotel-hotel dan rumah tumpangan serta bintangnya milikan kerajaan negeri Selangor, PBT atau syarikat-syarikat negeri?
-
Sila nyatakan sama ada hotel-hotel atau rumah tumpangan tersebut rugi atau untung pada tahun 2007 dan 2008.
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri mempromosikan hotel-hotel dan rumah tumpangan ini?
118) KEGIATAN MEREMPIT DIKALANGAN REMAJA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Negeri Selangor dilihat sebagai salah sebuah negeri yang paling ramai remajanya terlibat dengan mat rempit. Berapakah statistik terkini serta perancangan Kerajaan Negeri untuk menanganinya?
