118) KOMPLEKS SUKAN MINI
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Bertulis
-
Memandangkan pihak pemaju gagal menyelenggarakan Kompleks Sukan Mini di Taman Sri Bahagia, bolehkah Kerajaan membantu pihak MPKj untuk mengambil alih hak penyelenggaraannya yang masih dibawah penyelenggaraan pihak pemaju?
118) CADANGAN PERSEMPADANAN SEMULA OLEH SPR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Mulut
-
Terdapat kekeliruan mengenai isu garisan persempadanan semula SPR di antara DUN Batang Kali dengan DUN Kuala Kubu Bharu.Adakah kerajaan bercadang untuk membuat persempadanan kepada yang asal/semula supaya dapat melancarkan urus tadbir di kawasan ini?
118) KESELAMATAN PENGGUNA KERETAPI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Memandangkan sistem pengangkutan keretapi pelbagai jenis amat penting di Selangor, apakah Kerajaan Negeri Selangor dilibatkan bersama pihak KTM dalam menentukan kecukupan infrastuktur juga kemudahan awam khususnya di sepanjang laluan Komuter stesyen. Nyatakan peranan yang dimainkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
-
Banyak kemalangan jiwa telah berlaku di sebabkan tiada tembok penghalang dan jejantas khas yang disediakan oleh pihak KTM khususnya di sepanjang laluan Batu Tiga, Shah Alam, Padang Jawa. Apakah usaha Kerajaan Negeri Selangor dalam menguatkuasakan keselamatan pengguna oleh KTM??
118) PERTUMBUHAN EKONOMI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Kesan krisis ekonomi negara terhadap pertumbuhan ekonomi negeri?
118) PERATURAN JUALAN ARAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri telah mengarahkan PBT untuk menarik balik larangan orang Islam bekerja di premis yang menyajikan arak. Adakah arahan ini selaras dengan peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor?
-
Apakah kesan arahan penarikan larangan ini kepada PBT dan orang Islam keseluruhannya?
118) KUTIPAN HASIL CUKAI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan butiran terperinci jumlah kutipan hasil cukai Kerajaan Negeri sehingga bulan September tahun 2014?
-
Sila senaraikan jumlah kutipan hasil cukai Negeri secara perbandingan sejak 3 tahun yang lalu?
-
Apakah faktor utama yang mempengaruhi prestasi kutipan hasil cukai Negeri Selangor?
119) PELUANG PEKERJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Berapakah kadar pengangguran dari tahun 2013-2015?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri agar warga Selangor mempunyai pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan?
-
Nyatakan institusi dan program Kerajaan negeri yang membantu?
119) DANA INFRASTRUKTUR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Haji Mohamed Idris Bin Haji Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri telah memperuntukkan RM 1 juta untuk melaksanakan kerja-kerja naik taraf infrastruktur di setiap DUN. Nyatakan senarai pihak yang bertanggungjawab di kawasan DUN Barisan Nasional?
-
Bagaimanakah mekanisme pihak bertanggungjawab untuk melaksanakan projek-projek tersebut?
119) TEMPAT PERHIMPUNAN AWAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
-
Apakah tujuan PBT menentukan lokasi 'tempat perhimpunan awam' , apakah kriteria-kriterianya dan bagaimanakah cara-cara untuk memindanya setelah lokasilokasi tersebut telah diwartakan.
119) MENAIK TARAF TASIK SHAH ALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Apakah program yang telah dijalankan untuk menaik taraf tasik Shah Alam ?
-
Berapakah peruntukan yang telah dihulurkan untuk menaiktaraf tasik Shah Alam ?
-
Bilakah program menaik taraf ini dapat diselesaikan ?
