119) PEJABAT PENASIHAT EKONOMI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohamad Satim Bin Diman
Kategori: Mulut
-
Apakah fungsi dan tanggungjawab pejabat Penasihat Ekonomi Selangor?
-
Bagaimanakah kedudukan pejabat Penasihat ekonomi Selangor dalam struktur pentadbiran kerajaan?
-
Berapakah orang kakitangan dan peruntukan pengurusan tahunan bagi pejabat Penasihat Ekonomi Selangor?
119) KEBEBASAN MAKLUMAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari
Kategori: Mulut
-
Selaras dengan janji sebelum pilihan raya umum lalu, bilakah kerajaan akan menggubal undang-undang kebebasan maklumat di peringkat negeri sebagai langkah menunjukkan ketelusan kepada rakyat?
119) JKKK MAPPING
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri telah melaksanakan JKKK mapping yang memastikan penduduk kampung telah menikmati program Inisiatif Peduli Rakyat serta bantuan-bantuan lain selain mengenal pasti data demografi penduduk?
-
Jika ya, apakah pelan perancangan yang dibuat bagi memastikan mapping ini lengkap?
119) MASALAH GAGAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah kerajaan yang berkesan bagi mengatasi masalah gagak yang banyak terutama di kawasan bandar seperti Kelang dan Bangi?
-
Apakah ada apa-apa insentif diberikan kepada kumpulan atau persatuan tertentu yang melibatkan diri dalam program kawalan atau penghapusan gagak tersebut?
119) RANCANGAN MENAIK TARAF SISTEM JALANRAYA DI MERU
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan-rancangan Kerajaan Negeri untuk menaik taraf sistem jalan raya di Meru yang sedang berjalan dan 15 tahun akan datang?
119) RUMAH PENDUDUK TAMAN PERMATA, DENGKIL
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan kerajaan negeri dalam menangani masalah tersebut?
-
Adakah perancangan kerajaan negeri untuk membina rumah teres kepada mereka seperti yang dipohon oleh penduduk.
119) STATUS ‘FLYOVER’ BULATAN BANDAR SAUJANA PUTRA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah status pembangunan 'Flyover' di bulatan Bandar Saujana Putra bagi penyuraian lalulintas di waktu puncak?
119) KAWASAN HUTAN SIMPAN RAJA MUSA
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini tentang masalah pencerobohan Hutan Simpan Raja Musa bersebelahan dengan ladang Hopefull, Mukim Ulu Tengi
-
Setakat ini, apakah bentuk tindakan yang dikenakan terhadap mereka yang menceroboh Hutan Simpan tersebut dan cara penyelesaian yang dilakukan oleh Jabatan Perhutanan Negeri
-
Sila nyatakan keluasan keseluruhan rizab Hutan Simpan Raja Musa yang tidak boleh diterokai dan senaraikan kawasan yang dikenal pasti terdapat aktiviti pembalakan haram
119) SRA & SJK
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah Sekolah Rendah Agama di Selangor?
-
Berapakah jumlah Sekolah Jenis Kebangsaan di Selangor?
-
Sila kemukakan senarai untuk perkara 4 (a) dan (b) tersebut.
119) KENAIKAN TARIF ELEKTRIK
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Kesan dari kenaikan tarif elektrik turut membebankan rakyat Selangor. Sejauh manakah kesan dari peningkatan kos operasi kilang-kilang kepada hasil negeri Selangor?
-
Adakah peningkatan tarif elektrik mengurangkan minat pelabur-pelabur ke negeri Selangor?
-
Adakah kerajaan Selangor akan mengurangkan cukai bagi industri perkilangan bagi meringankan beban?
