122) CAJ PEMBANGUNAN BAGI PROJEK PEMBANGUNAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Huraikan apakah kerajaan bercadang menguatkuasakan caj pembangunan di seluruh PBT di Selangor?
-
Kenapa caj pembangunan di Majlis Perbandaran Sepang mencecah sehingga 30% hinggakan ada rungutan ia membebankan rakyat
-
Apakah kerajaan sedar yang caj ini akan mengakibatkan peningkatan harga rumah dan menyukarkan pemaju kecil. Apakah jalan penyelesaiannya ?
122) PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan pusat jagaan kanak-kanak yang telah didaftarkan serta mempunyai lesen/permit yang sah?
-
Berapakah bilangan pusat jagaan mampu bayar ("Affordable Childcare Centre") yang akan dibina di Selangor?
-
Di manakah Pusat Jagaan Mampu Bayar tersebut akan dibina?
122) PERMASALAHAN SETINGGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: perumahan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini melancarkan kempen Setinggan Sitar bagi mengatasi masalah setinggan. Namun, permasalahan setinggan di Selangor masih belum dapat diatasi sepenuhnya. Bagaimanakah keberkesanan kempen Setinggan Sitar? Apakah ukuran yang digunakan bagi menunjukkan yang demikian?
-
Berikan butiran lengkap kawasan-kawasan setinggan yang telah/akan dihapuskan dan ke mana penduduk setinggan tersebut telah/akan dipindahkan?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor yang baru dalam masalah setinggan, sama ada akan meneruskan kempen Setinggan Sitar atau kempen Semua Mampu Milik Rumah?
122) MMKN TELAH MELULUSKAN PEMBERIAN HAKMILIK KEPADA PALATEHAN ARSYAD MOHD ARYSAD DI PT 20829 MELALUI MESYUARAT KERAJAAN NEGERI BERTARIKH 30 NOVEMBER 2016 DENGAN RUJUKAN BIL (15)PTG NO 2/1/145/2014
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Mengapakah Borang 5A yang dikeluarkan mencatatkan lot yang berbeza dari yang diluluskan?
-
Mengapakah hakmilik yang dikeluarkan berbeza dengan apa yang diluluskan oleh MMKN?
122) FREE RIDERS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan, dan Peneroka Bandar melalui badan berkuasa tempatan dan JMB/MC supaya penduduk yang menjadi "Free Riders" di premis berstatus strata dapat diambil tindakan yang sewajarnya?
122) MEMBENDUNG CAPAIAN MAKLUMAT NEGATIF DI ALAM MAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan untuk mencegah golongan belia daripada mengakses maklumat siber yang mengandungi unsur-unsur negatif yang boleh mendorong ke arah masalah sosial, seks, ketagihan bahan lucah dan jenayah?
122) BANTUAN KEBAJIKAN JKM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kadar kerajaan negeri bagi penerima bantuan bulanan JKM? disumbangkan
-
Adakah perancangan untuk meningkatkan kadar tersebut?
-
Adakah bengkel bimbingan motivasi dan latihan berjadual bagi setiap penerima bagi meningkatkan taraf kehidupannya?
122) BAYARAN FI PENYELENGGARAAN FLAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Berapakah kes yang didakwa di mahkamah kerana tidak membayar fi penyelenggaraan bulanan?. Sila beri pecahan mengikut PBT untuk 3 tahun yang lepas?
-
Berapa bilangan pegawai di setiap PBT dan di LPHS yang bertugas untuk tujuan ini?
122) JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN SABAK BERNAM (JPS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peruntukkan yang diterima oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk projek menambak ban sungai dan benting laut?
-
Apakah tindakan JPS terhadap ban sungai dan benting laut yang rebak dan berapakah kos nya?
-
Berapakah peruntukkan tahun 2016 yang telah dibelanjakan dan bilakah perlaksanaannya?
122) LRT KELANA JAYA KE PUTRA HEIGHT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Perincikan status terkini pembinaan sambungan LRT Kelana Jaya ke Putra Heights.
-
Apakah kerajaan negeri maklum tentang pampasan yang perlu dibayar kepada mereka yang terpaksa berpindah dan berapakah jumlahnya?
-
Siapakah sebetulnya wakil kerajaan negeri yang memantau projek ini kerana aduan penduduk setempat banyak aspek keselamatan diabaikan oleh kontraktor?
-
Huraikan apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan dalam menangani aduan penduduk sekitar.
