122) MASALAH SAMPAH HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan berniat untuk meningkatkan denda maksima kepada mereka yang ditangkap membuang sampah haram?
122) BIASISWA PENDIDIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah pemohon yang mendapat Biasiswa Pinjaman Anak Negeri Selangor dari tahun 2006 hingga 2009 mengikut nisbah kaum dan jantina?
-
Apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan bagi membantu anak Selangor yang mendapat keputusan yang cemerlang tetapi melanjutkan pelajaran ke luar negeri?
122) MENINGKATKAN PERWAKILAN WANITA DI PERINGKAT PEMBUATAN KEPUTUSAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Juwairiya Binti Zulkifli
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri dalam usaha meningkatkan perwakilan wanita dalam politik dan di peringkat pembuatan keputusan?
-
Adakah Kerajaan Negeri bersedia untuk meletakkan Gender Focal Point sebagaimana syor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu?
122) PENCEGAHAN DENGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah rasional yang digunakan oleh KNS semasa melancarkan kempen menggunakan aerosol untuk menghapuskan nyamuk Aedes?
-
Apakah kesan penggunaan berleluasa aerosol keatas kesihatan manusia dan alam sekitar?
-
Sila nyatakan alternatif selain aerosol yang terbaik untuk menghapuskan Aedes.
122) PEJABAT DAERAH DAN KELULUSAN PERMOHONAN TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Selaras dengan langkah-langkah kerajaan memperkemaskan pentadbiran dan pengurusan tanah. Berakah permohonan tanah yang telah diluluskan menurut setiap daerah bagi tahun 2009?
-
Berapakah premium yang boleh dikutip menurut setiap daerah bagi tahun 2009?
-
Berapakah peratus kelulusan permohonan tanah serta kutipan premium menepati atau tergelincir daripada KPI yang ditetapkan menurut setiap daerah?
122) PERUMAHAN KOS RENDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Mulut
-
Permintaan untuk membeli rumah sendiri meningkat. Tetapi harga pasaran tidak mengizinkan rakyat yang berpendapatan rendah untuk membelinya. Empat kawasan di DUN Bukit Melawati telah dikenal pasti dan cadangan telah diberi untuk Perumahan Kos Rendah di: 1. Kg. Tanjung Keramat 2. Kg Teluk Piah 3. Ldg Sungai Rambai - (Termasuk tanah 6 ekar utk Sekolah Tamil) 4. Ldg Kuala Selangor Bukit Rotan - (Termasuk tanah 6 ekar untuk Sekolah Tamil). Bolehkah Kerajaan Selangor mengarahkan jabatan-jabatan / badan-badan berkenaan untuk ambil tindakan sewajarnya ?
122) PRESTASI PERBELANJAAN JABATAN-JABATAN SEPERTI DALAM BELANJAWAN 2016
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Berapa peratuskah perbelanjaan jabatan JAIS, JKR dan JPS telah dibelanjakan seperti dalam belanjawan 2016?
-
Apakah masalah jabatan berkenaan untuk membelanjakan peruntukan sepertimana dalam belanjawan yang ditetapkan?
122) LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2012 (NEGERI SELANGOR, SIRI 3) – MARRIS
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Pihak audit mendapati bahawa Kerajaan Negeri telah menerima RM1.14 bilion wang MARRIS tetapi hanya membelanja RM620.24 juta. Mengapakah Kerajaan Negeri tidak boleh menggunakan pemberian ini dengan sepenuhnya?
-
Apakah sekatannya (bottleneck)?
122) KERAJAAN PRIHATIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Bilakah pegawai e-Kasih untuk setiap DUN akan mula bertugas bagi membantu mempercepatkan proses permohonan e-Kasih?
-
Apakah bantuan Kerajaan Negeri untuk membantu ibu tunggal yang ramai di Selangor?
122) KEMPEN KESEDARAN UNTUK MENGELAKKAN VANDALISME
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Setiap tahun pihak MPK membelanjakan berjuta ringgit memperbaiki kemudahan awam yang disebabkan vandalisme masyarakat, apakah bentuk program yang dirancangkan dan telah dijalankan bagi mengelakkan kegiatan ini terus berleluasa hingga merugikan duit rakyat
