121) PELANCONGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila huraikan jumlah pelancong tempatan dan luar yang melawat Negeri Selangor pada sepanjang tahun 2007 ?
-
Sila huraikan statistik jumlah pelancong luar negeri yang melawat negeri Selangor pada tahun 2007 secara perbandingan dengan Negeri-Negeri lain ?
-
DUN Sekinchan terkenal dengan Jelapang Padi Negeri Selangor. Apakah Kerajaan bercadang untuk meningkat promosi bagi menarik lebih ramai anak-anak warga kota datang melawat destinasi pelancongan baru Sekinchan?
121) PROJEK MARRIS TAHUN 2017
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Bertulis
-
Sila menyatakan senarai nama projek, lokasi, nama-nama syarikat mendapat tender skop projek dan jumlah perbelanjaan Projek MARRIS tahun 2017 yang digunakan di kawasan Dewan Undangan Negeri :- Telok Datok, Sijangkang, Morib dan Tanjong Sepat.
121) INDUSTRI SARANG BURUNG WALIT
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan rumah burung walit dan syarikat-syarikat yang terdapat di negeri Selangor?
-
Berapakah jumlah pendapatan kasar dari hasil jualan sarang burung walit dari 2005- 2009?
-
Apakah dasar dan tindakan kerajaan terhadap perusahaan rumah burung walit?
121) PENJUALAN LOT-LOT LIDI OLEH TUAN TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai mekanisme untuk mengawal aktiviti penjualan lot-lot lidi oleh tuan tanah?
121) PENGAMBILAN PENJAWAT KONTRAK
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Berikutan pengiktirafan sijil UEC oleh kerajaan Selangor, pengambilan penjawat awam masih tertakluk kepada garis panduan JPA. Walau bagaimanapun, adakah pihak PBT atau kerajaan negeri di benarkan mengambil pemohon pemegang sijil UEC sebagai penjawat kontrak?
121) PROJEK PEMULIHAN SUNGAI KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan negeri akan meneruskan projek pemulihan Sg. Klang.
-
Jika ya apakah perancangan dan tindakan yang telah di buat oleh kerajaan negeri.
121) PRESTASI EKONOMI NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan prestasi ekonomi Selangor untuk suku tahun pertama 2017 berbanding 2016?
-
Nyatakan langkah-langkah yang diambil untuk memacu prestasi ekonomi negeri 2017?
121) RUMAH RETAK DI BUKIT MEWAH KAJANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Rumah retak di Jalan 20 dan 21 Bukit Mewah Kajang yang pada awalnya (1995) hanya beberapa buah kini melibatkan sebanyak 20 rumah masih tidak dapat diselesaikan. Apakah halangan bagi memperbaiki rumah-rumah yang rentak itu?
-
Mengapakah tawaran Syarikat Cekap Corporation untuk membaiki rumah-rumah retak itu tidak dapat diterima?
-
Apakah rancangan Kerajaan bagi memulihkan perumahan retak berkenaan?
121) PUSAT KESIHATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Peningkatan jumlah penduduk di kawasan Ampang telah menyebabkan ketidakselesaan pengguna Klinik Kesihatan sedia ada walau pun waktu operasi berterusan sehingga jam 10:00 malam. Di samping itu juga kemudahan atau jenis rawatan yang disediakan juga amat terhad. Nyatakan statistik rawatan yang dijalankan serta bilangan pelanggan yang mengunjungi klinik Ampang tersebut sepanjang 2009
-
Apakah tindakan atau perancangan yang diambil oleh pihak Kementerian Kesihatan untuk memberikan perkhidmatan lebih baik terutama nya menangani masalah deman denggi dan batuk kering yang sedang berleluasa sekarang ini di Kawasan Ampang khususnya?
121) KEMPEN ANTI ZINA
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun:
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kerajaan terutama kempen anti zina yang tidak berkesan langsung hanya sekadar banner sahaja?
-
Apakah langkah pencegahan yang diambil bagi mengatasi gejala tersebut?
-
Berapa ramai yang telah diberi bimbingan oleh kerajaan kepada meerka yang terlibat?
