121) CADANGAN PEMBINAAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT I-CITY DI SEKSYEN 7, SHAH ALAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr. Hasan Bin Mohamed Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah rasional di sebalik perkongsian kos pembinaan berjumlah hampir RM 60 juta dengan I-City Bhd bagi pembinaan persimpangan bertingkat itu?
-
Kenapa anak-anak Syarikat Kerajaan (State GLC) dibebani dengan berkongsi membayar kos pembinaan persimpangan tersebut?
121) KEMISKINAN BANDAR WARGA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Sila menyatakan perancangan jangka masa pendek dan panjang yang dihujahkan oleh Kerajaan Negeri untuk memerangi Kemiskinan Warga Selangor tinggal di Bandar selaras dengan konsep SMART Selangor.
121) SKIM BANTUAN AM
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Apakah hasil kajian Kerajaan Negeri ke atas Skim Bantuan Am?
-
Berapa ramaikah penerima Skim Bantuan Am ini mengikut pecahan DUN dan kaum?
121) BANGUNAN PLAZA PERANGSANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk merancakkan semula aktiviti ekonomi di premis Plaza Perangsang yang dilaporkan merosot sejak penutupan operasi Quality Hotel pada 2014?
121) RUMAH RAKYAT (COUNCIL HOMES)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
PBT mana yang menawarkan "Council Homes" pada masa ini?
-
Berapakan bilangnan rumah ini yang diduduki dan yang kosong?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk menambahkan bilangan "Council Homes"?
121) KDEB WASTE MANAGEMENT SDN. BHD. (KDEBWM)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jenis-jenis aset serta jumlah aset yang dimiliki oleh KDEB Waste Management Sdn. Bhd.
-
Adakah KDEBWM sedang merancang untuk menggunakan jenis-jenis teknologi baru dalam proses pembuangan sampah dan mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja manusia?
121) BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB/MC)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan pengurusan pangsapuri di sekitar DUN Batu Tiga yang masih berstatus JMB dan yang tidak mempunyai JMB langsung
-
Sila nyatakan juga pemaju yang terlibat dengan perkara di atas.
-
Sila nyatakan juga status samada JMB tersebut aktif/tidak dalam memenuhi tuntutan Akta 757
121) KILANG AYAM DI DESA COALFIELD
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Sudahkah bau busuk yang dihadapi oleh penduduk di perumahan sekitarnya diatasi?
121) SKIM KESIHATAN WANITA – MAMOSEL
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah satu kajian dibuat berdasarkan penyertaan peserta ke program MamoSel Kerajaan Negeri Selangor semenjak ianya diperkenalkan? Jika ya, nyatakan bentuk kajian yang dibuat.
-
Sila nyatakan pecahan statistik tersebut mengikut bilangan umur, DUN, kategori keputusan peserta seperti BIRADS dan lain-lain.
-
Apakah langkah-langkah seterus yang akan di buat oleh Kerajaan Negeri Selangor hasil penemuan dari statistik di atas?
121) JOM SHOPPING PERAYAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk memperluaskan Program Jom Shopping perayaan untuk penganut Kristian?
