120) WARGA ASING BERNIAGA
Tahun:
Sesi:
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah pendatang asing yang makin bebas berniaga seperti tiada kawalan di Selangor?
120) KINRARA – DAMANSARA SKYWAY (KIDEX)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri telah menerima laporan Traffic Impact Assessment (TIA) projek KIDEX?
-
Adakah Kerajaan Negeri telah meneliti perjanjian konsesi KIDEX? Apakah termaterma konsesi tersebut?
120) TINDAKAN TEGAS KEGIATAN MAKSIAT JUDI HARAM PELACURAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan tegas telah diambil oleh Kerajaan demi menumpaskan kegiatan judi haram, maksiat dan pelacuran di setiap Daerah?
-
Sila menyatakan terperinci jumlah operasi bersepadu telah diambil bersama PBT dan Jabatan-jabatan Kerajaan lain setiap Daerah?
-
Sila menyatakan jumlah lesen dibatalkan?
120) PROGRAM PENGUKUHAN DEMOKRASI DI BAWAH GERAN SELANGORKU HOTEL-HOTEL ‘BUDGET’ DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Manoharan A/l Malayalam
Kategori: Mulut
-
Apakah aktiviti-aktiviti dan latihan-latihan yang telah dijalankan setakat hari ini, di bawah program Pengukuhan Demokrasi di bawah Program Geran Selangorku?
-
Apakah masalah-masalah yang dihadapi semasa mengendalikan aktiviti- aktiviti dan juga latihan-latihan tersebut?
-
Apakah maklum balas ataupun reaksi positif mahupun negatif rakyat jelata berhubung dengan aktiviti-aktiviti dan latihan-latihan yang telah dikendalikan di bawah program ini?
120) CUKAI PINTU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan negeri mengamalkan dasar menaikkan cukai pintu dan tidak turun-turun?
-
Bilakah kerajaan negeri mahu menurunkan kadar cukai pintu yang dijanjikan?
120) STATUS TERKINI PERBELANJAAN DAN PROGRAM-PROGRAM INISIATIF PEDULI RAKYAT (IPR)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri akan mengkaji semula serta menambah baik program-program yang sedia ada?
-
Apakah status pembangunan data bersepadu dari sumber IPR, LZS serta JKM dan adakah ianya boleh diakses oleh semua wakil rakyat?
120) BAS SMART SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah pelan jangka masa panjang Kerajaan Negeri bagi memperbaiki mutu perkhidmatan Bas Smart Selangor?
-
Berapakah jumlah bas yang masih beroperasi sehingga kini mengikut PBT?
120) LAMPU JALAN DI LUAR KAWASAN PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat melaksanakan dasar penambahan lampulampu jalan di kawasan yang tidak terletak di bawah jagaan PBT memandangkan Kerajaan Persekutuan tidak lagi melaksanakan 10 tiang lampu baru untuk setiap mukim setahun selepas 2008. Jika tidak, nyatakan sebabnya
120) PASAR TANI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Antara industri yang patut dikembangkan kini ialah pertanian. Ruang dan peluang bagi mempromosikan hasil pertanian dan produk berasaskan tani perlu disediakan bagi mempopularkan bidang ini. Apakah usaha-usaha yang dilakukan setakat ini bagi mengembang luaskan industri pertanian di Negeri Selangor?
-
Adakah Konsep Pasar Tani yang diwujudkan sebelum ini mampu memberi peluang pekerjaan dan pendapatan yang di atas paras kemiskinan?
-
Berapakah tapak pasar tani yang sedia ada, yang dicadang akan dibuka serta di mana?
120) RANCANGAN MENGATASI BANJIR DI MERU
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan mengatasi banjir secara komprehensif dan menyeluruh sekarang ini dan 15 tahun akan datang di Meru?
