120) PELAKSANAAN CFS DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam pelaksanaan projek kebangsaan Central Forest Spine (CFS) untuk tahun 2019?
-
Berapa peruntukan dijangka digunakan untuk projek ini?
-
Adakah projek seperti ERCL akan menjejaskan projek CFS sebelah sempadan Negeri Selangor?
120) PERPARITAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Banyak parit2 dan longkang2 di Ijok masih dipenuhi oleh rumput2 dan tumbuhan2 menyebabkan banjir dan pembiakan nyamuk. Apakah SOP JPS Negeri untuk mengatasi masalah ini?
120) APLIKASI BIG DATA ANALYTICS DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Senaraikan sektor yang telah memanfaatkan aplikasi Big Data Analytics sehingga kini.
-
Apakah status pembangunan Smart Digital Eco-system?
-
Sejauh manakah aplikasi ini telah membantu kerajaan dan agensi melaksanakan perkhidmatan?
120) KEPUTUSAN KES RAYUAN TANAH LBCN DEVELOPMENT SDN BHD DAN MUJUR ZAMAN SDN BHD
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Penjelasan keputusan Òconsent judgmentÓ dalam kes rayuan di Mahkamah Persekutuan oleh LBCN Development Sdn. Bhd. dan Mujur Zaman Sdn. Bhd. terhadap tindakan Kerajaan Negeri merampas tanah mereka kerana gagal membayar hutang premium sedangkan keputusan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah memihak kepada Kerajaan Negeri.
120) KESIHATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Ir. Muthiah A/l Maria Pillay
Kategori: Mulut
-
Saya telah dimaklumkan bahawa terdapat sebidang tanah yang telah dikhaskan untuk pembinaan sebuah hospital kerajaan di kawasan Bukit Rotan di DUN Bukit Melawati. Persoalannya ialah Adakah apa-apa rancangan untuk membina sebuah hospital di kawasan ini dan bila pembinaan ini dijangka berlaku?
120) HUBUNGAN KERAJAAN NEGERI DAN BADAN BUKAN KERAJAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri telah bertindak baik mengadakan hubungan dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan ( NGO) membentuk jawatankuasa konsultasi yang dapat menasihati Kerajaan Negeri dalam pembentukan pelbagai polisi dan enakmen Negeri. Sehingga kini berapa Badan Bukan Kerajaan ( NGO) yang terlibat mengadakan konsultasi dengan pihak Kerajaan Negeri dan berapa jawatankuasa bertindak yang telah dibentuk bersama mereka?
-
Sejak tahun 2008, setakat manakah pandangan dan cadangan pihak Badan bukan Kerajaan ( NGO) diambil kira dalam perancangan program dan polisi Kerajaan Negeri dan adakah jawatankuasa bertindak bersama Badan Bukan Kerajaan ini efektif ?
120) CAJ PERMIT MEJA DAN CAJ KAKI LIMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Berapa kah Kutipan Caj Permit Meja dan Caj kaki Lima di Majlis Daerah Kuala Langat untuk tahun 2015?
-
Berapakah caj yang dikenakan untuk semua PBT di Selangor? Adakah ada keselarasan?
120) KILANG DI KOTA DAMANSARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Bertulis
-
Berapakah lesen kilang yang telah diluluskan di kawasan Kota Damansara?
-
Adakah terdapat perancangan untuk membuka kawasan perindustrian baru di Kota Damansara?
-
Nyatakan jumlah kilang haram yang dikenalpasti dan tindakan yang diambil di Kota Damansara?
120) GLC
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Mengapakah ADN negeri Selangor tidak diberi peluang untuk dijadikan nonexecutive director GLC?
-
Apakah criteria yang digunakan untuk memilih ahli politik menjadi non-executive Director dalam GLC?
-
Sila senaraikan semua ahli politik dan parti politik yang terlibat dalam GLC.
120) KINRARA – DAMANSARA SKYWAY (KIDEX)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri telah menerima laporan Traffic Impact Assessment (TIA) projek KIDEX?
-
Adakah Kerajaan Negeri telah meneliti perjanjian konsesi KIDEX? Apakah termaterma konsesi tersebut?
