121) PUSAT KESIHATAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis


  1. Peningkatan jumlah penduduk di kawasan Ampang telah menyebabkan ketidakselesaan pengguna Klinik Kesihatan sedia ada walau pun waktu operasi berterusan sehingga jam 10:00 malam. Di samping itu juga kemudahan atau jenis rawatan yang disediakan juga amat terhad. Nyatakan statistik rawatan yang dijalankan serta bilangan pelanggan yang mengunjungi klinik Ampang tersebut sepanjang 2009

    Klik jawapan »

  2. Apakah tindakan atau perancangan yang diambil oleh pihak Kementerian Kesihatan untuk memberikan perkhidmatan lebih baik terutama nya menangani masalah deman denggi dan batuk kering yang sedang berleluasa sekarang ini di Kawasan Ampang khususnya?

    Klik jawapan »

121) KEMPEN ANTI ZINA

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun:

Kategori: Mulut


  1. Apakah tindakan kerajaan terutama kempen anti zina yang tidak berkesan langsung hanya sekadar banner sahaja?

  2. Apakah langkah pencegahan yang diambil bagi mengatasi gejala tersebut?

  3. Berapa ramai yang telah diberi bimbingan oleh kerajaan kepada meerka yang terlibat?

121) TAPAK PENJAJA DAN KAEDAH KUTIPAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis


  1. Apakah garis panduan tapak-tapak penjaja dan pasar malam serta kaedah kutipan yang dibenarkan serta pecahan yuran yang dikenakan terhadap penjaja

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan tapak-tapak di Petaling Jaya yang masih dikendalikan oleh persatuan / individu dan mengutip bayaran daripada penjaja

    Klik jawapan »

121) PROJEK JAMBATAN KAMPUNG SAWAH

Tahun:

Sesi:

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut


  1. Berapakah kos awal dan yang sebenar dan kontraktor yang terlibat.

    Klik jawapan »

  2. Kenapakah berlaku kelewatan dalam menyiapkan projek ini.

    Klik jawapan »

  3. Adakah perancangan naik taraf jalan yang menghubungkan mukim Jugra dan mukim Telok Panglima Garang akan dilakukan dalam masa terdekat.

    Klik jawapan »

121) PELAJAR SELANGOR YANG MENUNTUT DI MESIR DAN JORDAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut


  1. Jumlah keseluruhan pelajar di kedua-dua negara ini

    Klik jawapan »

  2. Jumlah penerima derma siswa dan bantuan umum bagi pelajar Selangor di Mesir dan Jordan

    Klik jawapan »

  3. Adakah dengan kejatuhan matawang Malaysia maka kerajaan Selangor bercadang menaikkan kadar derma siswa dan bantuan umum kepada mereka

    Klik jawapan »

121) PELANCONGAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis


  1. Sila huraikan jumlah pelancong tempatan dan luar yang melawat Negeri Selangor pada sepanjang tahun 2007 ?

    Klik jawapan »

  2. Sila huraikan statistik jumlah pelancong luar negeri yang melawat negeri Selangor pada tahun 2007 secara perbandingan dengan Negeri-Negeri lain ?

    Klik jawapan »

  3. DUN Sekinchan terkenal dengan Jelapang Padi Negeri Selangor. Apakah Kerajaan bercadang untuk meningkat promosi bagi menarik lebih ramai anak-anak warga kota datang melawat destinasi pelancongan baru Sekinchan?

    Klik jawapan »

121) BANGUNAN PLAZA PERANGSANG

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi

Kategori: Mulut


  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk merancakkan semula aktiviti ekonomi di premis Plaza Perangsang yang dilaporkan merosot sejak penutupan operasi Quality Hotel pada 2014?

121) MEDAN SELERA BOT TAMAN PUTRA

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Bertulis


  1. Apakah kedudukan medan selera BOT Taman Putra sekarang?

    Klik jawapan »

  2. Dalam apakah keadaan kontraknya boleh ditamatkan atau diambil alih oleh kerajaan?

    Klik jawapan »

121) KDEB WASTE MANAGEMENT SDN. BHD. (KDEBWM)

Tahun:

Sesi:

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut


  1. Senaraikan jenis-jenis aset serta jumlah aset yang dimiliki oleh KDEB Waste Management Sdn. Bhd.

    Klik jawapan »

  2. Adakah KDEBWM sedang merancang untuk menggunakan jenis-jenis teknologi baru dalam proses pembuangan sampah dan mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja manusia?

    Klik jawapan »

121) BADAN PENGURUSAN BERSAMA (JMB/MC)

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan pengurusan pangsapuri di sekitar DUN Batu Tiga yang masih berstatus JMB dan yang tidak mempunyai JMB langsung

    Klik jawapan »

  2. Sila nyatakan juga pemaju yang terlibat dengan perkara di atas.

    Klik jawapan »

  3. Sila nyatakan juga status samada JMB tersebut aktif/tidak dalam memenuhi tuntutan Akta 757

    Klik jawapan »