120) PKNS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan projek-projek usahasama (JV) yang telah dijalankan oleh PKNS serta anak-anak syarikatnya sejak 2013
-
Jelaskan bentuk sumbangan dan penerima secara terperinci dalam tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang telah dilakukan oleh PKNS serta anak-anak syarikatnya sejak tahun 2013
120) LITTLE INDIA DI JALAN TENGKU KELANA, KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri untuk mempromosikan Little India, Jalan Tengku Kelana sebagai suatu Pusat Pelancongan?
-
Mengapakah sehingga ke hari ini Pintu Gerbang untuk menyambut para pengunjung masih belum dibina di Jalan Tengku Kelana, Klang?
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk membuka dan menggalakkan lebih banyak lagi pusat beli belah seperti Little India di tempat-tempat lain selain dari Klang?
120) STATUS PEMADAM DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Adakah PEMADAM di tubuh oleh kerajaan Negeri Selangor? Kalau tidak sila nyatakan taraf PEMADAM dan hubungannya dengan kerajaan Negeri Selangor.
120) USAHAWAN BUMIPUTERA
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan dengan terperinci jumlah usahawan Bumiputera yang berdaftar di Negeri Selangor mengikut bidangnya?
-
Apakah program yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri bagi membantu usahawan-usahawan tersebut?
121) INDUSTRI SARANG BURUNG WALIT
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan rumah burung walit dan syarikat-syarikat yang terdapat di negeri Selangor?
-
Berapakah jumlah pendapatan kasar dari hasil jualan sarang burung walit dari 2005- 2009?
-
Apakah dasar dan tindakan kerajaan terhadap perusahaan rumah burung walit?
121) BAS SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Apakah hala tuju Bas Selangor dalam gambar pengangkutan awam bagi negeri Selangor memandangkan Kerajaan Selangor dan Kerajaan Pusat kini ditadbir oleh Pakatan Harapan?
-
Apakah pelan pengangkutan awam bagi Negeri Selangor yang akan dilaksanakan dalam 5 tahun ini?
121) EKONOMI BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada Belia dalam tempoh tahun 2013-2016?
-
Berapakah peratusan pengangguran Belia pada bulan Januari 2017?
-
Apakah insentif - insentif yang ditawarkan kepada Belia untuk menjadi usahawan berjaya?
121) RUMAH RETAK DI BUKIT MEWAH KAJANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Rumah retak di Jalan 20 dan 21 Bukit Mewah Kajang yang pada awalnya (1995) hanya beberapa buah kini melibatkan sebanyak 20 rumah masih tidak dapat diselesaikan. Apakah halangan bagi memperbaiki rumah-rumah yang rentak itu?
-
Mengapakah tawaran Syarikat Cekap Corporation untuk membaiki rumah-rumah retak itu tidak dapat diterima?
-
Apakah rancangan Kerajaan bagi memulihkan perumahan retak berkenaan?
121) PUSAT KESIHATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Peningkatan jumlah penduduk di kawasan Ampang telah menyebabkan ketidakselesaan pengguna Klinik Kesihatan sedia ada walau pun waktu operasi berterusan sehingga jam 10:00 malam. Di samping itu juga kemudahan atau jenis rawatan yang disediakan juga amat terhad. Nyatakan statistik rawatan yang dijalankan serta bilangan pelanggan yang mengunjungi klinik Ampang tersebut sepanjang 2009
-
Apakah tindakan atau perancangan yang diambil oleh pihak Kementerian Kesihatan untuk memberikan perkhidmatan lebih baik terutama nya menangani masalah deman denggi dan batuk kering yang sedang berleluasa sekarang ini di Kawasan Ampang khususnya?
121) JEJAK KARBON
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah pelan tindakan kerajaan dalam pengurangan pengeluaran karbon?
-
Apakah rancangan dan pencapaian dalam pembangunan teknologi hijau di Negeri Selangor.
-
Apakah rancangan dan kemajuan kerajaan dalam penggunaan tenaga solar?
