120) STATUS PEMADAM DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Adakah PEMADAM di tubuh oleh kerajaan Negeri Selangor? Kalau tidak sila nyatakan taraf PEMADAM dan hubungannya dengan kerajaan Negeri Selangor.
120) Selangor Fruits Valley
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Sila beri huraian terhadap prestasi kewangan Selangor Fruits Valley dengan penekanan diberi kepada perancangan produk-produk pelancongan pada masa depan serta strategi untuk menarik lebih ramai pengunjung ke SFV.
120) BANTUAN KEPADA OKU SAKIT TERLANTAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Apakah bantuan Kerajaan Negeri kepada OKU sakit terlantar yang ada tanggungan selain bantuan one off SMUE atau daripada JKM?
120) TAPAK CUCI KERETA DI TEPI JALAN BUNGA RAYA, TAMAN KENCANA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Apakah status tanah yang sekarang digunakan sebagai tapak cuci kereta di tepi Jalan Bunga Raya, Taman Kencana (tepi sungai)?
-
Pihak manakah yang mencaj sewaan atau apa-apa bayaran setiap bulan, dan berapakah caj yang syarikat tersebut bayar?
-
Siapakah pemohon tanah tersebut dan siapakah/syarikat manakah yang beroperasi di atas tapak tersebut?
120) GLC
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Mengapakah ADN negeri Selangor tidak diberi peluang untuk dijadikan nonexecutive director GLC?
-
Apakah criteria yang digunakan untuk memilih ahli politik menjadi non-executive Director dalam GLC?
-
Sila senaraikan semua ahli politik dan parti politik yang terlibat dalam GLC.
120) KAWASAN LAPANG DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kawasan lapang yang telah disewa kepada syarikat swasta? Sila berikan butir-butir mengikut kawasan DUN
-
Berapakah jumlah kawasan lapang yang disalah gunakan oleh parti-parti politik? Sila senaraikan kawasan-kawasandan parti-parti politik yang terlibat?
-
Apakah tindakan kerajaan negeri untuk mengambil balik kawasan-kawasan lapang berkenaan?
120) PENGEMASKINIAN DATA GUNATANAH PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Pada 18 Mei 2011 Jawatankuasa Surau Taman Prima Selayang telah dimaklumkan secara bertulis oleh Pengarah Jabatan Perancang Bandar, Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bahawa Lot 1244 Taman Prima Selayang tidak dapat disokong untuk pembinaan surau oleh kerana tapak yang dipohon adalah kawasan rizab gerai sedangkan di atas tapak yang sama sedang dibangunkan kilang menyimpan bahan sejuk beku kepunyaan individu. Apakah norma masa yang diambil untuk mengemas kini data tanah dalam sistem Pihak Berkuasa Tempatan setelah sesuatu perubahan status kepada tanah dilakukan.
-
Tidakkah Jabatan Perancang Bandar Pihak Berkuasa Tempatan dirujuk atau dimaklumkan jika berlaku kes-kes perubahan guna tanah supaya tidak memberi maklumat yang tidak tepat kepada orang awam.
-
Bilakah status Lot Tanah 1244 bertukar menjadi milik individu dan atas alasan apa kawasan itu dibenarkan pembangunan kilang sedangkan kawasan itu adalah kawasan perumahan.
120) ANAK-ANAK SYARIKAT DAN SYARIKAT-SYARIKAT BERSEKUTU DI BAWAH PNSB
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Bagi syarikat-syarikat yang tidak aktif dan telah lama menjalankan perniagaan serta mengalami kerugian, kajian akan dibuat bagi menutup atau menjual ekuiti dalam syarikat-syarikat tersebut. Apakah mekanisme kajian yang digunakan dan apakah ini akan melibatkan kos tertentu kepada PNSB?
-
Berapa lamakah masa yang diberikan untuk membuat kajian sehingga membolehkan syarikat-syarikat yang rugi ini ditutup?
-
Adakah Kerajaan Negeri memberi garis panduan tentang penjualan ekuiti syarikatsyarikat berkenaan?
120) GERAN SELANGORKU
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Apakah garis panduan yang digunapakai dalam proses penilaian dan kelulusan sesuatu permohonan Geran Selangorku untuk menjamin ketelusan dan prinsip kebertanggungjawaban?
-
Siapakah yang menganggotai Jawatankuasa Penilaian dan Kelulusan Geran Selangorku?
120) PENCEMARAN SUNGAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah insentif oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah pencemaran sungai dan longkang serta saliran di kawasan luar bandar?
