124) SENGGARAAN PARIT, LONGKANG SERTA JALAN KEBUN / LADANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Nyatakan pusingan bulan senggaraan bagi Parit & Saliran khususnya di DUN Permatang.
-
Nyatakan Bajet serta jadual pusingan senggaran.
124) PeBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan butiran terperinci kesemua Pengerusi PeBT dan Ahli Jawatankuasa,termasuk nama,telefon, email dan alamat lengkap di setiap zon mengikut pecahan daerah ?
-
Sila nyatakan sehingga setakat ini, bagaimanakah prestasi yang ditonjolkan oleh para Pengerusi PeBT khususnya dalam menggerakkan aktiviti dan merapatkan hubungan belia di zon masing-masing ?
-
Sila nyatakan berapakah jumlah peruntukan tahunan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri dalam menjayakan semua program yang dianjurkan oleh para Pengerusi PeBT ?
124) DENDA DAN SAMAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah kutipan denda dan saman dari 2014-2016 mengikut PBT?
-
Nyatakan jumlah tunggakan denda dan saman dari 2014-2016 mengikut PBT?
124) PENGURUSAN JMB-MC
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Sejauhmana program ini dapat membantu JMB-MC menyelesaikan masalah pengurusan yang ada?
-
Sila nyatakan dari jumlah JMB-MC yang ada, berapa yang telah dikenalpasti bermasalah?
-
Apakah program ini di wajibkan kepada setiap badan pengurusan atau sebaliknya? Jika tidak, bila akan diwajibkan?
124) KADAR CUKAI PINTU NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan kadar cukai pintu untuk kediaman,komersial dan industri untuk kawasan kurang maju dan kawasan maju mengikut pecahan PBT bagi tahun 1995 dan tahun 2011 masing-masing
-
Apakah jabatan yang bertanggungjawab untuk mengkaji, menilai dan menentukan kadar cukai pintu di Negeri Selangor dan apakah prosedur penentuan kadar cukai pintu?
-
Apakah kriteria-kriteria yang digunakan untuk menentukan kadar cukai pintu untuk zon industri dan komersial di Negeri Selangor?
124) PEDULI SISWA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Mulut
-
Berapa ramai penerima Peduli Siswa Universiti Tempatan. Senaraikan mengikut universiti?
-
Berapa ramai penerima Peduli Siswa Timur Tengah. Senaraikan mengikut Negara Jordan, Mesir dan Moroco?
-
Berapa kos keseluruhan untuk skim ini telah dibelanjakan?
124) HASIL PREMIUM DARIPADA PEMBANGUNAN TANAH RRI, SUNGAI BULOH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Hasil premium dan bayaran lain, jika ada, yang diterima Kerajaan Negeri daripada anak syarikat KWSP iaitu Kwasa Land Sdn. Bhd. yang sedang giat membangunkan 93.2 hektar (2,330 ekar) tanah Institut Penyelidikan Getah (RRI) di Sungai Buloh
124) SKIM PERUMAHAN RAKYAT YANG BERPENDAPATAN RENDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Yap Lum Chin
Kategori: Mulut
-
Sila jelaskan ke manakah arah tuju bantuan perumahan rakyat berpendapatan rendah di Negeri Selangor
-
Berapakah jumlah rakyat yang memerlukan skim perumahan rakyat ini?
124) AGAMA
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Apakah kaedah yang diguna pakai oleh pihak berkuasa agama negeri Selangor / Jabatan Agama Islam Selangor dalam membuat perlantikan pegawai dan ahli jawatankuasa masjid di seluruh negeri Selangor bagi tahun 2012?
-
Adakah senarai nama pegawai dan ahli jawatan kuasa masjid dan surau yang ditauliahkan oleh pihak JAIS bagi tahun 2012 berasaskan senarai yang telah dipilih oleh mesyuarat agong tahunan bagi setiap masjid dan surau sebagaimana mesyuarat yang telah diadakan?
124) KONTRAKTOR SISA PEPEJAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan nama-nama kontraktor sisa pepejal yang menjalankan kerja di dalam kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dari tahun 2008-kini
