124) PROSEDUR PENYAMPAIAN MAKLUMAT YANG TEPAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah ada kaedah standard prosedur yang seharusnya diwujudkan untuk meningkatkan kecekapan penyampaian maklumat sekiranya terjadi kes-kes keselamatan dalam komuniti setempat contohnya seperti kes ragut, kecurian, rompakan, penculikan dan sebagainya?
124) KUASA ADUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Adakah Ahli Dewan Negeri (ADUN) mempunyai kuasa dalam membuat pemantauan dan juga dalam penambahbaikan kualiti kerja, oleh PBT atau Pejabat Daerah di kawasan ADUN tersebut kerana terdapat kerja-kerja yang tidak mengikut piawaian yang ditetapkan yang merugikan Kerajaan Negeri lebih menyedihkan kadangkala ADUN sendiri tidak dimaklumkan tentang kerja-kerja tersebut.
124) PENGLIBATAN ADUN DI DALAM MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Adakah pihak PBT mahu mengubah dasar menjemput YB-YB kawasan untuk turut sama berada di dalam mesyuarat kelulusan pembangunan di dalam kawasan YB masing-masing?
124) SISA PEPEJAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Berapakah statistik sisa pepejal yang terhasil dan kos penyelenggaraannya mengikut PBT?
-
Apakah langkah yang dilaksanakan oleh PBT-PBT untuk mengawal jumlah sisa pepejal?
-
Adakah semua PBT mampu menyelenggarakan sisa pepejal dengan baik?
124) SENGGARAAN PARIT, LONGKANG SERTA JALAN KEBUN / LADANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
-
Nyatakan pusingan bulan senggaraan bagi Parit & Saliran khususnya di DUN Permatang.
-
Nyatakan Bajet serta jadual pusingan senggaran.
124) LESEN PERNIAGAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan berhasrat bertindak tegas terhadap penjaja warga asing dan penjaja tempatan yang tidak berlesen demi kepentingan penjaja yang berlesen ?
-
Apakah rancangan pihak PBT untuk menempat semula para penjaja tanpa lesen ?
-
Berapakah kadar kenaikan sewa petak bagi penjaja tersebut dan mengapa kadar sewa ini dinaikkan ?
124) PROJEK MEMBAIK PULIH TEBING & PENDALAMAN SUNGAI LANGAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan jumlah peruntukan yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi membaik pulih tebing dan proses pendalaman Sungai Langat sepanjang tahun 2008 Ð 2013?
124) DENDA DAN SAMAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah kutipan denda dan saman dari 2014-2016 mengikut PBT?
-
Nyatakan jumlah tunggakan denda dan saman dari 2014-2016 mengikut PBT?
125) BENTUK PENDIDIKAN DALAM MEMBINA GENERASI MADANI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah bentuk pendidikan dan perancangan Kerajaan Negeri khususnya pihak JAIS bagi membina generasi madani?
125) PENJAJA PASAR PAGI TAMAN MUDA DAN PASAR PAGI EXPO (BELAKANG PASAR TAMAN MUDA)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Sila lukis satu pelan dengan nama penjaja, jenis jualan dan juga lesen yang diperolehi.
-
Berapakah lesen dikeluarkan oleh PBT dalam kedua-dua pasar ini, sila terangkan mengikut kategori
-
Berapakah lesen yang baru telah dikeluarkan bagi tahun 2009 dan 2010 dan di antaranya berapakah yang tukar pemilik. Sila lampirkan nama, jenis jualan dan jenis lesen
