125) SELANGOR STATE INFORMATION BUREAU (SSIB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan bilakah cadangan penubuhan Biro Informasi Negeri Selangor dapat direalisasikan dalam masa terdekat dan apakah objektif utama Biro tersebut?
-
Sila huraikan bagaimanakah prestasi penyebaran maklumat dan dasar-dasar Kerajaan Negeri ke peringkat akar umbi sehingga setakat ini menerusi saluran yang sedia ada?
125) PEMBANGUNAN MODAL INSAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan berdasarkan jenis kategori sasaran peserta dan jumlah program SPIES sepanjang tahun 2008 dan pertengahan 2009?
125) PENCEMARAN BAU BUSUK DI JALAN PANTAI REDANG SEKINCHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan apakah punca sebenar masalah pencemaran bau busuk kilang memproses ikan di kawasan tersebut?
-
Sila nyatakan apakah tindakan yang telah diambil oleh MDSB?
-
Sila nyatakan bagaimanakah untuk meminimakan pencemaran yang kebanyakan berpunca daripada lori yang membawa ikan busuk?
125) GANGGUAN KESELESAAN DAN KETENTERAMAN OLEH PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI)
Tahun:
Sesi:
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha-usaha yang telah diambil untuk mengenal pasti bilangan pendatang asing tanpa izin yang berada di Negeri Selangor
-
Sila nyatakan tindakan yang telah/akan diambil untuk menyelesaikan masalah gangguan keselesaan dan ketenteraman oleh PATI ini terutamanya di DUN Dusun Tua seperti di Kondominium Venice Hill, Taman Alam Jaya dan lain-lain.
125) BANTUAN SEKOLAH DI DUN RAWANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan nama sekolah dan jumlah bantuan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada sekolah SJK(C), SJK(T), SAR dan KAFA dalam DUN Rawang bagi tahun 2008-2017.
125) KADAR PREMIUM TANAH YANG TINGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Apakah kaedah penilaian yang digunakan oleh JPPH untuk menentukan kadar nilaian sesuatu lot tanah?
-
Dan apakah rancangan bagi mengurangkan kadar bebanan kepada rakyat?
125) KUARTERS KAKITANGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan unit kuarters kakitangan setiap PBT yang tidak diduduki?
-
Jika ada, mengapa ia tidak ditawarkan kepada kakitangan yang memerlukannya?
125) DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Senaraikan semua jawatan dan pegawai yang berkhidmat di bawah DEIG sehingga kini.
-
Apakah tujuan ÒRequest For InformationÓ (RFI) dijalankan dan bagaimana ianya dijalankan serta berapa banyak RFI yang telah diterima sehingga sekarang?
-
Apakah rancangan seterusnya selepas RFI?
125) AKHBAR KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk menerbitkan akhbar harian Kerajaan Negeri Selangor? Jika tidak, mengapa?
-
Bilakah rancangan ini boleh dilaksanakan?
-
Berapakah kos yang terlibat dan siapakah yang akan menerajui rancangan ini?
125) STATUS PROJEK BERMASALAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
-
Minta kerajaan negeri menyatakan status terkini Taman Shahjaya, Batu 10 yang belum dikurniakan Sijil Layak Menduduki (CF)
-
Apakah langkah yang diambil untuk menentukan pengkelasan hayat bangunanbangunan lama
-
Nyatakan jumlah bangunan yang melepasi tempoh hayat dan masih digunakan
