125) PEMBANGUNAN KEMUDAHAN DI SRA
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah digunakan untuk pembangunan kemudahan di semua SRA yang terlibat?
-
Adakah Kerajaan Negeri akan menambah jumlah peruntukan untuk pembangunan kemudahan di SRA?
125) PERINDUSTRIAN DAN PEDAGANGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Mengapakah YB kawasan tidak mendapat maklumat butiran kilang-kilang yang beroperasi di dalam kawasan ADUN itu sendiri?
125) PEMBINAAN MASJID DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Berapa banyak masjid baru telah dibina di Negeri Selangor semenjak 2010 hingga 2016? Senaraikan mengikut daerah dan tahun.
-
Berapa peruntukan pembangunan masjid baru diluluskan dari 2010 hingga 2016? Senaraikan mengikut tahun
-
Bagi tahun 2017 berapa masjid baru akan dibina dan berapa peruntukan diluluskan?
125) AKHBAR KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk menerbitkan akhbar harian Kerajaan Negeri Selangor? Jika tidak, mengapa?
-
Bilakah rancangan ini boleh dilaksanakan?
-
Berapakah kos yang terlibat dan siapakah yang akan menerajui rancangan ini?
125) NON REVENUE WATER (NRW)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Berapakah kadar NRW semasa di Selangor dan apakah faktor-faktor menyebabkan ia sukar dikawal?
-
Kawasan atau zon manakah yang mempunyai kadar NRW tertinggi?
-
Apakah langkah kerajaan negeri untuk membantu pihak konsesi bekalan air mengurangkan kadar NRW?
125) PEMBANGUNAN PUSAT PENYEMBELIHAN UNGGAS
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Nyatakan status terkini pembangunan pusat penyembelihan unggas di kawasan sekendi, sabak bernam yang ingin dibangunkan oleh pihak PBT?
-
Nyatakan kos anggaran pembangunan pusat tersebut?
-
Apakah jaminan kerajaan negeri supaya pencemaran bau dan kebersihan untuk kawasan tersebut?
125) PENCEROBOHAN KAWASAN HUTAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan menurut daerah pencerobohan kawasan hutan yang berlaku sepanjang tahun 2016.
-
Senaraikan jenis pencerobohan dan penyalahgunaan tanah yang berlaku dalam tempoh itu.
-
Sekiranya dikenakan tindakan saman, senaraikan menurut daerah berapakah jumlah saman yang dapat dikumpulkan?
125) PENCURIAN PASIR DAN BATU PASIR DI SELURUH NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Pencurian pasir dan batu pasir di Negeri Selangor tidak dapat dikawal dan semakin serius. Walaupun masalah ini telah lama wujud, tetapi masalah ini masih tidak dapat diselesaikan. Apakah sebabnya?
-
Mengapakah kerajaan tidak membuka tender kepada awam untuk mengatasi kekurangan pasir dan batu pasir di pasaran?
125) CSR MBI UNTUK PROGRAM SUMBANGAN INSENTIF HAJI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Apakah pihak MBI mempunyai perancangan supaya CSR MBI berkenaan sumbangan insentif haji kepada jemaah haji betul-betul sampai kepada jemaah haji Selangor sahaja dan tidak kepada jemaah haji di luar Negeri Selangor terutamanya yang tinggal berhampiran dengan sempadan?
125) OSCC
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Sejauh mana keberkesanan OSCC? Minta laporan terperinci kes-kes dari hospital-hospital yang mengambil bahagian
-
Apakah halangan yang ada bagi untuk menjayakan OSCC ini jika ada?
