126) PERKHIDMATAN DAN KEBAJIKAN GURU KAFA
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk menyerap guru KAFA sebagai penjawat awam secara tetap atau kontrak di bawah skim perkhidmatan negeri?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menjamin atau menjaga kebajikan guru KAFA di Selangor?
126) RUMAH PANGSA MILIK KERAJAAN ATAU RUMAH PANGSA KOS RENDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Berapakah unit rumah pangsa kos rendah yang wujud di kawasan MPAJ dan berapakah unit yang belum dijual? Sila berikan statistik mengikut lokasi
-
Berapakah unit rumah pangsa milik kerajaan yang wujud untuk disewakan kepada keluarga miskin atau ibu tunggal. Sila berikan butir-butir mengenai unit yang sedia ada mengikut lokasi?
-
Sila nyatakan jumlah unit rumah pangsa yang disewakan oleh MPAJ kepada keluarga miskin atau ibu tunggal dalam tahun 2008 mengikut jumlah permohonan di setiap kawasan DUN di dalam kawasan MPAJ. Sila nyatakan maklumat penyewa atau pembeli secara terperinci?
126) SIBER KAFE
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee
Kategori: Mulut
-
Menurut surat khabar Sin Chew Daily pada 17/6/2009 bahawa, bilangan siber kafe haram telah melebihi siber kafe yang mempunyai permit berkali ganda. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri seterusnya memandangkan pemberian kompaun dan tindakan yang diambil sebelum ini kurang berkesan?
126) ISU Pencemaran Sumber Air Mentah/Sungai
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Adakah benar Peguam Negara tidak pernah mengambil tindakan terhadap kes pencemaran air sungai di Selangor?
-
Adakah Kerajaan Negeri berjaya melibatkan NGO Sahabat Sungai di dalam membantu pengurusan lembangan sungai di Selangor?
126) GOLONGAN MISKIN TEGAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor kepada golongan miskin tegar dan peluang yang mereka perolehi untuk mengubah nasib mereka?
126) LAMPU LED BERKOS RM5.6 JUTA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Apakah keputusan Kerajaan Negeri berkenaan pemasangan lampu-lampu jenis LED setiap PBT berkos RM5.6 juta seperti mana yang diwar-warkan dalam media?
-
Bilakah lokasi dan tempat pemasangan dijalankan di sekitar Daerah Kuala Langat memandangkan cadangan lokasi lama dihantar kepada Kerajaan Negeri?
126) GOLONGAN PETANI DAN NELAYAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah mekanisme yang digunakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu golongan petani, nelayan dan rakyat keseluruhannya yang berdepan dengan isu kos sara hidup yang tinggi mutahir ini?
126) PROJEK TERBENGKALAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan projek terbengkalai yang sedang dalam proses pemulihan.
-
Nyatakan projek terbengkalai di dalam usaha mencari pemaju penyelamat.
-
Adakah Kerajaan Negeri akan mengambil tindakan terhadap pemaju penyelamat yang tidak membaik pulih projek terbengkalai dalam tempoh masa tertentu? Jika ya, nyatakan butir-butirnya
126) STATISTIK PEMBIAYAAN SKIM SMART SEWA
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Statistik pembiayaan Skim Smart Sewa setakat ini berdasarkan bilangan permohonan yang diluluskan, lokasi kediaman, dan jumlah pembiayaan yang telah dikeluarkan.
126) LEBUHRAYA SKIP DAN PJD LINK
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini tentang Lebuhraya SKIP?
-
Adakah Kerajaan Negeri telah menerima permohonan PJD Link?
-
Nyatakan jajaran PJD Link yang dicadangkan.
