127) TABUNG PEMBERDAYAAN WANITA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Apakah status Tabung Pemberdayaan Wanita dan nyatakan jumlah dana yang telah dibelanjakan?
-
Bagaimanakah pelaksanaan Tabung Pemberdayaan Wanita dan syarat kelayakan?
-
Senaraikan jumlah penerima tabung Pemberdayaan Wanita mengikut daerah, Parlimen dan DUN?
127) PROJEK PELEBARAN JALAN MASUK KAMPUNG TELOK GONG, PELABUHAN KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini projek pelebaran jalan di jalan masuk Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang?
-
Adakah Kerajaan Negeri menghadapi apa-apa kekangan yang mampu merencatkan usaha tersebut tersebut?
127) BANTUAN PENDIDIKAN ANAK PEKERJA LADANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah perbelanjaan untuk pendidikan anak pekerja ladang pada tahun 2016.
-
Senaraikan bantuan yang telah diberikan oleh Kerajaan Neger
127) TANAH RIZAB TADIKA DI TAMAN-TAMAN PERUMAHAN YANG TIDAK DIGUNAKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan bersedia mengkaji semula perancangan Bandar dan desa berhubungan peruntukan tanah rizab tadika di taman-taman perumahan?
-
Berapakah jumlah keluasan tanah rizab tadika yang tidak dibangunkan di setiap PBT?
-
Adakah kerajaan bersedia mengubah guna tanah tadika tersebut kepada guna tanah kemudahan awam termasuk balai raya, tanah lapang, surau atau rumah ibadat selain Islam?
127) PPR SEKSYEN 8 KOTA DAMANSARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Mengikut http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/this-is-what-public- housing-looks-like berkenaan dengan keadaan di PPR Seksyen 8 Kota Damansara, terdapat 100 penghuni menerima notis keluar kerana mereka ialah ñsquattersî dalam unit mereka. Mengapakah kerajaan tidak dapat mengeluarkan nama lama dan masuk nama penduduk yang sebenar?
127) PENGURUSAN AIR SELANGOR (PASSB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan Ahli Lembaga dan pengurusan PASSB?
-
Nyatakan gaji, elaun dan bonus semua Ahli Lembaga dan pengurusan PASSB?
-
Bagaimanakah kaedah pemilihan Ahli Lembaga dan pengurusan PASSB dilaksanakan?
127) ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT 2010
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Senarai pegawai maklumat bagi setiap jabatan kerajaan Negeri Selangor
-
Senarai ahli-ahli Lembaga Rayuan
-
Bagaimana orang awam boleh mendapati butir-butir perhubungan setiap pegawai maklumat?
127) PERAMPASAN TANAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bersedia merampas tanah terbiar di Pandamaran?
-
Berapa tanah yang pernah dirampas oleh Kerajaan Negeri atas alasan kebakaran yang mengakibatkan masalah jerebu?
127) PENDEKATAN MENINGKATKAN BUDAYA MEMBACA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah pendekatan yang sedang dan dirancang oleh pihak Kerajaan Negeri untuk meningkatkan budaya membaca dan sejauh mana peruntukan diberikan kepada institusi perpustakaan untuk menggiatkannya?
127) TINDAKAN KEPADA PEMEGANG KONSESI KLANG SENTRAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Kerajaan Negeri kepada syarikat pemaju pemegang konsesi Klang Sentral yang telah gagal menyiapkan projek mereka dan tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh pihak MPK?
