13) FLAT DAN PANGSAPURI DI PELABUHAN KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri dapat menyenaraikan rumah-rumah flat berusia 20 tahun ke atas yang berada di kawasan Pelabuhan Klang?
-
Adakah Kerajaan Negeri dapat menyenaraikan rumah-rumah flat yang pernah dan telah menerima peruntukan baikpulih bangunan di kawasan Pelabuhan Klang?
13) PROGRAM KESIHATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri memperkenalkan pelbagai program bantuan kesihatan seperti pemeriksaan, rawatan kecil dan penerangan amalan gaya hidup sihat. Bagaimanakah status perkembangan program-program tersebut?
-
Nyatakan jumlah mereka yang setakat ini telah menerima bantuan?
13) GELANGGANG FUTSAL BELIA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah gelanggang futsal di seluruh Negeri Selangor mengikut DUN?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri?
13) USAHAWAN KECIL NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri memperkenalkan kursus untuk usahawan kecil? Mohon senaraikan nama kursus dan bilangan penyertaan.
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam memberikan ruang dan peluang kepada usahawan kecil bagi membawa produk mereka ke peringkat yang lebih tinggi?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memberikan kelebihan kepada peserta-peserta daripada Pusat Wanita Berdaya (PWB) untuk memohon bantuan perniagaan seperti Skim Mikrokredit Usahawan dan Blueprint Pembasmian Kemiskinan?
13) KESALAHAN TAKSIRAN CUKAI TANAH KEPADA TETUAN SRI PURI MANAGEMENT CORPORATION (SPMC
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Mengapakah bayaran lebihan berjumlah RM148,682.00 bagi tahun 2004 dan 2005 masih belum dibayar balik kepada Seri Puri Management Corporation sehingga hari ini?
-
Bilakah pihak kerajaan negeri akan membuat bayaran balik lebihan wang tersebut?
-
Adakah pihak kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk menjalankan audit terhadap akaun pihak JMB dan Persatuan Penduduk yang berdaftar dengan pihak Pesuruhjaya Bangunan (COB)?
14) PERUNTUKAN ADUN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Wong Koon Mun
Kategori: Mulut
-
Peruntukan kawasan DUN yang dimenangi oleh calon Barisan telah diuruskan oleh EXCO Kerajaan Selangor. Adakah peruntukan ini digunakan dengan betul?
-
Apakah langkah-langkah yang telah dilaksanakan untuk mengelakkan kesalahguna peruntukan tersebut?
-
Nyatakan dengan terperinci pemberian peruntukan bagi N6 Kuala Kubu Baru tahun 2008 hingga 2010.
14) RUMAH KEBAJIKAN SEPERTI RUMAH ORANG TUA, ANAK YATIM, OKU DAN LAIN-LAIN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah rumah orang-orang tua yang terdapat di dalam Negeri Selangor sama ada di bawah Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pihak swasta? Sila pecahkan mengikut DUN?
-
Berapakah jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri kepada rumah orang-orang tua tersebut?
14) PRESTASI JABATAN PENGUATKUASAAN PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Apakah kekuatan/kelemahan dan strategi untuk meningkatkan prestasi Jabatan Penguatkuasan PBT?
14) PENEMPATAN PEKERJA ASING DI DUN MERU
Tahun:
Sesi:
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Bolehkah dipastikan setiap kilang menyediakan asrama khas bagi pekerja asing?
-
Berapakah kilang yang telah mempunyai asrama dan kapasiti penghuni yang tidak bercampur penduduk tempatan?
-
Adakah disedari kesan masalah sosial kepada masalah tempatan.
14) IMPAK BREXIT
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
-
Sejauhmanakah impak Brexit terhadap perkembangan ekonomi negeri?
-
Apakah mekanisme untuk mengekal tahap ekonomi negeri jika berlaku sebarang ketidaktentuan ekonomi global seperti Brexit?
