14) INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) DI DAERAH KUALA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah terkini IKS di Daerah Kuala Selangor?
-
Apakah infrastruktur asas yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dalam membantu pengusaha IKS di Daerah Kuala Selangor?
-
Berapakah anggaran peluang pekerjaan disediakan dalam IKS di Daerah Kuala Selangor?
14) PROGRAM PEMBANGUNAN DESA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Luar Bandar
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Apakah program Pembangunan Desa yang akan dimulakan pada tahun ini?
-
Huraikan pelan pembangunan yang bagaimanakah yang ingin dilaksanakan?
-
Kampung kategori manakah yang akan diberi keutamaan untuk memulakan program ini?
14) TANAH REZAB MELAYU
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan jumlah keluasan tanah rizab Melayu di seluruh Negeri Selangor mengikut pecahan daerah ?
-
Sila nyatakan setakat ini apakah perancangan Kerajaan Negeri khususnya untuk membangunkan tanah rizab Melayu yang strategik demi meningkat tahap ekonomi orang Melayu ?
-
Sila senaraikan projek pembangunan yang melibatkan tanah rizab Melayu oleh anak-anak syarikat Negeri sejak 3 tahun yang lalu?
14) PEMBATALAN LEBUHRAYA KIDEX
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah kerajaan negeri meyakinkan rakyat untuk menyelesaikan kesesakan trafik di Lembah Klang selepas pembatalan KIDEX?
-
Adakah kerajaan negeri menerima memorandum untuk meneruskan pembinaan KIDEX?
-
Apakah isi kandungan memorandum tersebut dan penyelesaiannya?
14) YAYASAN SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin
Kategori: Bertulis
-
Apakah aset-aset dan sumber-sumber hasil untuk Yayasan Selangor dan kriteria di mana mereka terlibat usaha niaga bersama (joint ventures) dengan sektor swasta?
-
Sila senaraikan nama-nama waris-waris Yayasan Selangor untuk 5 tahun yang berlaku?
14) INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)
Tahun:
Sesi:
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila huraikan perkembangan IKS di Negeri Selangor terutamanya selepas perlaksanaan cukai GST
-
Sila nyatakan peranan dan sumbangan utama IKS kepada pembangunan ekonomi Negeri Selangor
-
Sila nyatakan apakah insentif dan bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu pengusaha IKS?
14) GUGUSAN INDUSTRI SOKONGAN PELABUHAN DAN MARITIM
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Bertulis
-
Apakah status terkini Gugusan Industri Sokongan Pelabuhan dan Maritim yang dikenalpasti di Pelabuhan Klang, Pulau Indah, Telok Gong dan Sijangkang?
-
Apakah perancangan pembangunan jangka panjang Pulau Indah dan Telok Gong yang akan dilakukan pada tahun ini?
14) MASALAH PARIT DAN TEKANAN AIR KAMPUNG
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Bilakah JKR atau Pejabat Tanah Gombak dapat mewujudkan longkang yang sesuai bagi menghalang banjir di jalan MP1 sehingga MP3?
-
Bilakah Syabas akan memulakan program air akibat dari masalah tekanan air dan masalah sambungan "speggeti" di kawasan kediaman sekitar MP1?
14) PROJEK KERJA RAYA PERSEKUTUAN DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan projek dari Kementerian Kerja Raya melalui agensinya yang dilaksanakan di Selangor 2008-2013 dan nyatakan mengikut daerah, PBT, Parlimen dan DUN?
-
Nyatakan jumlah kos yang dikeluarkan dan lokasi projek?
14) PENTADBIRAN KAMPUNG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam usaha meningkatkan keupayaan ketua-ketua kampung dalam urus tadbir kampung?
