128) KABEL KUASA TINGGI
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Apakah polisi kerajaan negeri bagi memastikan bahawa pembinaan kabel kuasa tinggi adalah tidak melalui kawasan perumahan, sekolah dan tempat yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi bagi memastikan keselamatan penduduk adalah terjamin?
-
Badan manakah (di peringkat kerajaan negeri) yang bertanggungjawab meluluskan sesuatu projek naik taraf kabel kuasa tinggi bagi menjamin keselamatan penduduk setempat?
128) LAMPU LED
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Adakah penjimatan kadar tenaga dan kos penyelenggaraan yang rendah dalam pemasangan lampu LED diambil kira dalam perbincangan yang memutuskan penangguhan pemasangan lampu LED di Selangor?
128) KAMERA INTIPAN PEJABAT MB
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun:
Kategori: Mulut
-
Jawatankuasa siasatan dalaman telah ditubuhkan hasil kes kemera intipan di pejabat Menteri Besar, manakala manifesto Pakatan dalam hal urustadbir wibawa menekankan ketelusan pentadbiran negeri. Apakah status hasil siasatan jawatankuasa dan kenapakah tiada laporan polis dibuat?
-
Siapakah dalang yang terlibat dalam kes tersebut?
-
Adakah mereka terbabit disiasat dan didakwa?
128) BANGUNAN-BANGUNAN YANG TERBENGKALAI DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan jumlah bangunan terbengkalai di setiap PBT dan jumlah bangunan yang sudah melanjutkan pembangunan sejak tahun 2008
-
Bagaimanakah pemaju-pemaju yang berminat dalam memajukan Negeri Selangor boleh tender kerja pembangunan tersebut?
-
Apakah sistem pemantauan yang telah diwujudkan sejak tahun 2008 supaya mengelak pemaju melarikan diri tanpa menyiapkan kerja-kerja mereka?
128) BANTUAN PEMBANGUNAN USAHAWAN SEMASA PKP
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
-
Berapa usahawan yang mendapat bantuan daripada Kerajaan Negeri semasa PKP? Sila senaraikan mengikut Daerah, Sektor, Jantina, Umur dan Kaum.
-
Berapa jumlah yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri dan berapa jumlah perniagaan yang dapat dijanakan semasa tempoh PKP tersebut?
128) PERTUMBUHAN EKONOMI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Apakah jangkaan pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor 5 tahun ke hadapan dan sektor manakah yang akan menjadi penggerak pertumbuhan ekonomi Selangor?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk merealisasikannya?
128) STATUS KOLABORASI PROGRAM SMART SELANGOR DENGAN PIHAK SWASTA
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan bilangan syarikat yang telah menghantar borang "Expression of Interest" (EoI) yang dibuka oleh Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) pada bulan Mac 2019
-
Senaraikan syarikat yang telah menghantar EoI mengikut domain atau inisiatif Smart Selangor
128) ISU MURTAD
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Adakah benar terdapat bilangan orang Islam yang telah Murtad semakin bertambah di negeri Selangor?
-
Jika benar berapakah bilangan mereka yang telah dikesan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang telah murtad?
-
Apakah langkah dan tindakan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) untuk menangani gejala Murtad yang berlaku di negeri Selangor?
128) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Haji Yaakob Bin Sapari
Kategori: Bertulis
-
Berapa ramai warga emas yang telah mendaftar di Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dari tahun 2008 hingga 2016? Senaraikan mengikut kawasan DUN Selangor
-
Berapa ramai penerima manfaat Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dari tahun 2008 hingga 2016? Senaraikan mengikut kawasan DUN Selangor?
-
Apakah rancangan manfaat tambahan diberi kepada peserta Skim Mesra Usia Emas (SMUE)?
128) PROGRAM PEMBANGUNAN USAHAWAN DESA DAN KAMPUNG TRADISI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini peserta yang telah menerima sumbangan melalui program ini?
-
Apakah inisiatif kerajaan negeri sekiranya terdapat peserta yang gagal?
