128) KECAMAN TERHADAP ISRAEL

Tahun:

Sesi:

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar

Kategori: Bertulis


  1. Tentera Zionis Israel Membunuh 9 misi kemanusiaan ke Ghaza melalui kapal Mavi Marmara. Apakah sikap Negeri Selangor terhadap Zionis Israel yang kejam dan zalim ini?

    Klik jawapan »

  2. Adakah dari kalangan misi kemanusiaan yang di tahan Israel dari Rakyat Selangor?

    Klik jawapan »

  3. Adakah sebarang sumbangan dari Kerajaan Negeri terhadap penduduk Ghaza yang terus dikepung oleh Israel?

    Klik jawapan »

128) PELABURAN ASING (MENGENALPASTI JUMLAH PELABURAN ASING DI NEGERI SELANGOR)

Tahun:

Sesi:

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal

Kategori: Mulut


  1. Memandangkan Negeri Selangor adalah sebuah negeri maju, banyak pelabur-pelabur asing dikenal pasti berminat membuat pelaburan di negeri ini. Berapakah jumlah pelaburan asing yang dibuat oleh pelabur-pelabur asing setakat ini dan apakah pecahan pelaburan asing mengikut negara di Negeri Selangor.

    Klik jawapan »

  2. Apakah langkah-langkah yang sedang dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan pelaburan-pelaburan asing ini.

    Klik jawapan »

  3. Bagaimanakah strategi dan peranan Kerajaan Negeri bagi memastikan rakyat Negeri Selangor dapat menikmati manfaat terus daripada pelaburan asing ini, dari segi peluang ekonomi dan pekerjaan.

    Klik jawapan »

128) KRISIS EKONOMI DUNIA

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut


  1. Apakah persiapan yang sedang dibuat untuk menangani masalah ini?

    Klik jawapan »

  2. Kemungkinan besar ramai akan dibuang kerja. Apakah tindakan susulan untuk membantu mereka ini?

    Klik jawapan »

  3. Adakah Kerajaan negeri bercadang untuk mewujudkan Tabung Pembuangan Kerja (Retrenchment fund) dan insurans?

    Klik jawapan »

128) PELABURAN MAJLlS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Phillip Tan Choon Swee

Kategori: Mulut


  1. Sila nyatakan apakah jenis pelaburan yang diceburi oleh MAIS dan berapakah keuntungan dan kerugian yang diperolehi dari tahun 2005 hingga 2007

  2. Selain daripada pelaburan, apakah pembabitan MAIS dalam sektor ekonomi dari masa ke semasa?

  3. Sila senaraikan nama seluruh lembaga pengarah dan ahli jawatankuasa MAIS yang terkini.

128) SKIM CERIA DAN RUMAH MAMPU MILIK

Tahun:

Sesi:

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut


  1. Bagaimanakah perancangan agihan Skim Ceria setiap tahun mengikut DUN?

    Klik jawapan »

  2. Berapa peratuskah Rumah Mampu Milik yang disediakan oleh kerajaan negeri di kawasan pinggir bandar? Terutamanya di kawasan DUN Seri Serdang.

    Klik jawapan »

128) ISU WARGA ASING DAN PELARIAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Mulut


  1. Adakah Kerajaan Negeri pernah melakukan bancian isi rumah warga asing di kawasan DUN Teratai?

    Klik jawapan »

  2. Jika tidak, adakah perancangan melaksanakan bancian susulan lambakan warga asing yang tidak terkawal Di Pandan Mewah, Tasek Permai dan Tasek Tambahan?

    Klik jawapan »

128) ISU MURTAD

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Adakah benar terdapat bilangan orang Islam yang telah Murtad semakin bertambah di negeri Selangor?

  2. Jika benar berapakah bilangan mereka yang telah dikesan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang telah murtad?

  3. Apakah langkah dan tindakan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) untuk menangani gejala Murtad yang berlaku di negeri Selangor?

128) MASALAH KEMUDAHAN TELEKOMUNIKASI KAWASAN PERINDUSTRIAN ZURAH

Tahun:

Sesi:

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis


  1. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk membantu Kawasan Perindustrian Zurah Rasa yang menghadapi masalah kemudahan telekomunikasi setelah pihak Telekom Malaysia tidak berupaya menaik taraf kemudahan telekomunikasi di kawasan tersebut?

    Klik jawapan »

128) MEWUJUDKAN MESIN BAYAR ZAKAT (BERAS)

Tahun:

Sesi:

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis


  1. Dengan kutipan zakat oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjumlah ratusan juta ringgit setiap tahun, bolehkah LZS mewujudkan mesin bayar zakat (beras) di masjid As Salam dan Masjid Saidina Ali sepertimana MAIWP lakukan di Masjid Al Ikram, Datuk Keramat, Kuala Lumpur?

    Klik jawapan »

128) WARGA TUA TIDAK ADA SUMBER KEWANGAN SELEPAS BERSARA

Tahun:

Sesi:

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis


  1. Apakah tindakan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membantu golongan ini yang tidak layak untuk bantuan kebajikan masyarakat?

    Klik jawapan »