130) KESIHATAN LUAR BANDAR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah status wabak penyakit denggi di kawasan luar bandar?
-
Apakah wujud wabak-wabak penyakit lain di kawasan luar bandar?
-
Nyatakan statistik kes setiap wabak di kawasan luar bandar mengikut daerah tahun 2010-2013?
130) MELAWAT NEGERI SELANGOR Ð SELANGOR SHINES
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah alasan kerajaan negeri menggunakan tema dalam Bahasa Inggeris (Selangor Shines) dan bukan dalam Bahasa Kebangsaan?
-
Berapakah peruntukkan yang telah digunakan sehingga Jun 2010 untuk menjayakan kempen ÔMelawat Negeri SelangorÕ?
-
Apakah program-program yang telah dijalankan sehingga Jun 2010 untuk menjayakan kempen ÔMelawat Negeri SelangorÕ?
130) PERSEMPADANAN SEMULA PARLIMEN KOTA RAJA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
-
Cadangan untuk persempadanan semula Parlimen Kota Raja yang meliputi 3 PBT, Majlis Perbandaran Klang, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Perbandaran Subang Jaya kerana kesukaran berurusan. Adakah kerajaan negeri akan memberi pertimbangan kepada sebarang cadangan penubuhan baru Majlis Perbandaran Kota Raja bagi melicinkan pentadbiran pihak berkuasa tempatan dan memudahkan orang ramai berurusan?
-
Sekiranya diberi pertimbangan bilakah agaknya ia boleh dilaksanakan dan adakah ia memerlukan pindaan berkaitan undang-undang dan sekiranya ada undang-undang apakah yang perlu dipinda?
-
Kota Raja adalah satu kawasan Parlimen yang tidak mempunyai bandar dan justeru itu satu kawasan bandar baru perlu diadakan segera. Apakah keperluan bagi mewujudkan satu bandar baru dengan struktur majlis sendiri?
130) SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
-
Apakah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor dalam pelantikan dan penukaran kakitangan kerajaan di Selangor?
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai kuasa dalam pelantikan atau penukaran kakitangan kerajaan di Selangor?
-
Apakah tatacara yang akan diambil sekiranya didapati pegawai kerajaan yang enggan bekerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri?
130) PERUNTUKAN DUN PELABUHAN KLANG
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Mohon senaraikan perincian pemberian peruntukan bagi DUN Pelabuhan Klang tahun 2009
-
Mohon senaraikan projek pembangunan dalam kawasan Pelabuhan Klang yang telah digunakan menerusi peruntukan DUN.
-
Siapakah yang sepatutnya bertanggungjawab menyelaras peruntukan DUN Pelabuhan Klang?
130) PENGANUT BUKAN ISLAM DAN RUMAH IBADAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik jumlah dan pecahan penganut bukan Islam di Selangor mengikut daerah?
-
Nyatakan statistik bilangan rumah ibadat untuk bukan Islam mengikut daerah?
-
Apakah prosedur, kriteria dan pertimbangan bagi meluluskan pembinaan rumah ibadat baru?
130) BANTUAN RM50 PELAJAR TADIKA
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Berapa ramaikah jumlah peajar tadika di Selangor?
-
Berapa ramaikah pelajar yang telah diberi bantuan mengikut daerah?
-
Berapa peruntukan yang telah diberi untuk program tersebut?
130) ONE STOP CENTRE CRISIS CENTER (OSCC)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha
Kategori: Mulut
-
Berapakah orang pernah menggunakan perkhidmatan ini sejak OSCC ditubuhkan? Sila debut mengikut hospital di Selangor. Sila sebutkan kes-kes yang diterima mengikut kategori. Apakah sistem pemantauan yang ada sekarang?
130) PELUMBA HARAM BELIA REMAJA
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Apakah cara yang terbaik untuk mengatasi masalah perlumbaan haram terutama belia remaja di Negeri Selangor ?
130) NURSERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
-
Nurseri adalah antara tempat awal dan penting untuk mendidik generasi masa hadapan. Berapakah jumlah nurseri di Negeri Selangor mengikut daerah dan apakah mekanisme untuk mengawal kewujudannya?
-
Sebagai kerajaan yang prihatin, adakah kerajaan memberi apa-apa bentuk bantuan kepada nurseri-nurseri tersebut?
