131) PENUKARAN NAMA JALAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri ada bercadang menukar nama Jalan Barat kepada Jalan Dr. V David di Bandar Raya Petaling Jaya. Mengapakah hasrat ini tertangguh dan adakah kerajaan negeri masih berhasrat untuk meneruskan pertukaran nama jalan tersebut?
-
Apakah prosedur yang perlu dilalui untuk sebarang proses penukaran nama jalanraya di kawasan PBT?
-
Adakah kerajaan negeri mempunyai dasar-dasar tertentu untuk menukar nama jalanraya di Selangor
131) PENCAPAIAN SUKAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Bertulis
-
Apakah sudah terjadi dengan pencapaian pasukan bola sepak Liga Super (Selangor) dan pasukan sepak takraw (STL) menjadi ulam kepada pasukan-pasukan lain?
131) PERUNTUKAN BANTUAN SEKOLAH-SEKOLAH Di BAWAH KERAJAAN NEGERI TAHUN 2009
Tahun:
Sesi:
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan yang dikeluarkan kepada semua sekolah di bawah kerajaan negeri Selangor tahun 2009.?
-
Sila senaraikan bantuan tersebut yang dikeluarkan untuk sekolah-sekolah di DUN Meru?
131) SISTEM PENYAMPAIAN DAN PRESTASI PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun:
Kategori: Mulut
-
Pilihan Raya Kerajaan Tempatan hanyalah satu cabang dari usaha untuk menjamin prinsip kebertanggungjawaban terhadap pembayar cukai. Apakah langkah - langkah yang dirangka oleh Kerajaan Negeri untuk melaksanakan reformasi yang menyeluruh bagi meningkatkan sistem penyampaian dan prestasi PBT demi menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat ?
131) SEKTOR PELANCONGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan destinasi tarikan pelancongan Negeri Selangor mengikut susunan daerah dan jumlah pelancong yang datang melawat Negeri Selangor pada tahun 2008
-
Sila huraikan apakah bentuk promosi yang dirancang oleh Kerajaan Negeri bagi merangsang sektor pelancongan
-
Adakah pihak Kerajaan Negeri bercadang untuk membangunkan DUN Sekinchan yang terkenal dengan Jelapang Padi Negeri Selangor sebagai destinasi pelancongan Argotourism ?
131) ORANG KURANG UPAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan statistik jumlah Orang Kurang Upaya di Selangor mengikut DUN dari 2010-2014?
-
Apakah bentuk bantuan berterusan yang diberikan kepada golongan Orang Kurang Upaya?
-
Senaraikan program yang dijalankan untuk golongan Orang Kurang Upaya dari 2010 - 2014?
131) Rumah Idaman Rakyat Selangor
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Apakah status pelaksanaan Skim Rumah Idaman?
-
Berapakah jumlah rumah yang telah siap tersedia untuk pelaksanaan skim ini?
131) PELABURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan jumlah pelaburan yang diperolehi oleh Negeri Selangor bagi setengah tahun 2011 secara perbandingan dengan tahun 2008 dan tahun kedua 2009,mengikut pecahan daerah ?
-
Bagaimanakah prestasi dan kedudukan Negeri Selangor dalam memperolehi pelaburan bagi setengah tahun yang pertama 2011 secara perbandingan dengan Negeri-Negeri lain ?
-
Sila nyatakan apakah kelemahan yang telah dikenal pasti dan langkah-langkah proaktif yang bakal diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha meningkatkan lebih banyak pelaburan ke Negeri Selangor ?
131) BLUEPRINT PEMBASMIAN KEMISKINAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah pecahan penerima dan jumlah bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan mengikut daerah di seluruh Selangor?
131) RIZAB MELAYU
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan keluasan dan lokasi rizab Melayu yang belum dibangunkan?
-
Adakah kerajaan negeri memberi jaminan untuk mengganti rizab Melayu yang telah dibangunkan?
