132) TAWARAN PEMBELIAN TANAH DENGAN HARGA RENDAH KEPADA ADUN/KAKITANGAN KERAJAAN KELAS A
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Kaji selidik oleh rakyat mendapati ramai kakitangan kelas A dan ahli politik dapat memiliki rumah dan tanah apabila bersara.
Soalan : Adakah ganjaran seperti tanah ditawarkan dengan harga rendah dari harga pasaran kepada mereka sebagai mengenang jasa mereka dipraktikkan?
132) KUMPULAN HARTANAH SELANGOR BERHAD (KHSB)
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan struktur, pasukan pengurusan dan lembaga pengarah kumpulan serta anak syarikatnya di bawah kepimpinan kerajaan negeri yang baharu?
-
Apakah hala tuju dan strategi KHSB untuk masa hadapan selepas pelantikan Menteri Besar yang baharu?
132) TAPAK PERKUBURAN (BERSEPADU)
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
-
Apakah status cadangan Tapak Perkuburan (BERSEPADU) di persimpangan Labu-Sendayan melibatkan seluas 400 ekar?
132) KELEMBAPAN PERTUMBUHAN EKONOMI NEGARA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah kesan langsung kepada Selangor akibat kelembapan pertumbuhan ekonomi negara yang mencatatkan penurunan 6 suku tahun berturut-turut?
-
Nyatakan pelan tindakan Kerajaan Negeri sebagai langkah kesediaan untuk menghadapi kemungkinan yang lebih buruk lagi?
132) LEBUHRAYA PANTAI BARAT (WCE)
Tahun:
Sesi:
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan apakah perkembangan terkini pembinaan Lebuhraya tersebut ?
-
Sila perjelaskan sudahkah jajaran WCE yang melintasi Negeri Selangor khususnya di Daerah Sabak Bernam dimuktamadkan ?
-
Sila nyatakan apakah kaerah yang digunapakai untuk meminimakan kesan kacau ganggu terhadap rutin harian penduduk?
132) KAWASAN BEKAS LOMBONG SESUAI DIJADIKAN SEBAGAI PRODUK PELANCONGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar
Kategori: Bertulis
-
Kawasan bekas lombong di Taman Widuri Bukit Beruntung dan juga di Desa Kiambang, Serendah berpotensi untuk dijadikan sebagai produk pelancongan daerah khususnya kepada aktitviti sukan air kerana ianya dapat menarik pengunjung tempatan sekaligus meningkatkan ekonomi setempat. Adakah pihak Kerajaan Negeri bercadang untuk melihat ini sebagai suatu bentuk usaha ke arah merakyatkan ekonomi rakyat selangor? Mohon diambil pandangan ini sebagai rujukan
132) MASALAH PENGANGGURAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pekerja yang telah diberhentikan dalam sektor industri di Selangor dan apakah langkah Kerajaan Negeri dalam mengatasi masalah pengangguran?
132) TAHAP KEBERSIHAN PREMIS PERNIAGAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Senaraikan tindakan yang dikenakan kepada premis perniagaan yang tidak mencapai piawaian tahap kebersihan pada tahun 2014 mengikut PBT?
-
Nyatakan langkah kerajaan negeri bagi memastikan premis perniagaan mencapai piawaian tahap kebersihan?
132) PENAGIHAN DADAH BELIA DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan penagih dadah di kalangan anak muda Selangor mengikut daerah?
-
Apakah bentuk kerjasama antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan dalam program anti-dadah?
-
Adakah peruntukan dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri bagi menjayakan kerjasama ini?
132) KEBANJIRAN WARGA ASING
Tahun:
Sesi:
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha dan langkah-langkah bagi mengatasi kebanjiran warga asing yang menjadi peniaga kedai runcit dan kedai gunting rambut?
