132) KEKURANGAN TEMPAT LETAK KERETA
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Mengapakah MPSJ masih belum membina kompleks tempat letak kereta bertingkat di kawasan komersil SS15 Subang Jaya memandangkan kertas kerja cadangan pembinaan telah pun disediakan?
-
Adakah Kerajaan Negeri akan mensyaratkan tender terbuka bagi perlaksanaan projek ini untuk memastikan kos efektif dan harga terendah bagi MPSJ?
132) TAWARAN PEMBELIAN TANAH DENGAN HARGA RENDAH KEPADA ADUN/KAKITANGAN KERAJAAN KELAS A
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Kaji selidik oleh rakyat mendapati ramai kakitangan kelas A dan ahli politik dapat memiliki rumah dan tanah apabila bersara.
Soalan : Adakah ganjaran seperti tanah ditawarkan dengan harga rendah dari harga pasaran kepada mereka sebagai mengenang jasa mereka dipraktikkan?
132) CABARAN PEKERJAAN PARA GRADUAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menaikkan kebolehpasaran para graduan lepasan UNISEL (Universiti Selangor)? Ini penting kerana para graduan menghadapi begitu banyak cabaran untuk mendapatkan pekerjaan di pasaran kerja.
132) GANGGUAN BEKALAN AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan kekerapan serta lokasi yang terlibat dalam gangguan bekalan air berjadual dan tidak berjadual di daerah Petaling bagi tahun 2016.
-
Nyatakan butiran mengenai projek penggantian paip air yang telah dilaksanakan di daerah Petaling sejak tahun 2013.
132) PROJEK USAHASAMA BAWAH DARUL EHSAN INVESTMENT GROUP (DEIG) DAN ANAK-ANAK SYARIKATNYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan syarikat-syarikat yang terlibat dalam projek usahasama (Joint Venture) bersama DEIG serta anak-anak syarikatnya.
-
Senaraikan lokasi-lokasi serta nama pemaju yang terlibat bagi setiap projek usahasama yang telah dan akan dijalankan oleh DEIG serta anak-anak syarikatnya
-
Nyatakan "Gross Development Value" bagi setiap projek usahasama bawah DEIG serta anak-anak syarikatnya dan jangkaan pulangan pelaburan (Return of Investment)
132) SASARAN DAN PERANCANGAN SEMPENA TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2020
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Senaraikan perancangan Kerajaan Negeri untuk menarik minat pelancong untuk datang ke Selangor sempena tahun melawat Malaysia 2020?
-
Nyatakan jumlah peruntukan untuk program-program tersebut.
132) BANJIR KILAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah persediaan Kerajaan Negeri sekiranya berlaku banjir kilat?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah banjir kilat di Selangor?
132) PORTFOLIO PELABURAN, PERINDUSTRIAN DAN PERDAGANGAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan tiga pencapaian terbesar portfolio tersebut dari 2013-2017.
-
Nyatakan prestasi terburuk portfolio tersebut dari 2013-2017.
132) PEMBASMIAN TIKUS
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Jelaskan langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan untuk membasmi pembiakan tikus yang semakin membimbangkan.
132) SISTEM SMART SELANGOR FIRST HOMES BUYERS
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah perkembangan Sistem Smart Selangor First Homes Buyers dan rancangan seterusnya? Sila senaraikan nombor unit yang diberi oleh Kerajaan di bawah skim ini dan lokasi unit-unit ini.
