133) MEMBINA PARKIR BERTINGKAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membina parkir bertingkat di sekitar Stadium Majlis Perbandaran Selayang lantaran masalah kekurangan tempat meletakkan kenderaan di kawasan tersebut?
133) PENGGUNAAN APPLIKASI MOBIL UNTUK ADUAN DI PERINGKAT PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jenis aplikasi mobil yang diwujudkan untuk menerima aduan mengikut PBT sejajar dengan misi SMARTSELANGOR.
-
Senaraikan jenis aduan yang diterima melalui aplikasi mobil bagi Jan-Jun 2016 mengikut pecahan PBT.
-
Sejauh manakah penggunaan aplikasi ini membantu menyelesaikan aduan rakyat dengan cepat?
133) PENYERAHAN KAWASAN KEPADA PBT
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Mulut
-
Kenapakah masih terdapat projek pembinaan rumah atau bangunan komersial oleh pemaju yang telah lama siap dibina dan diduduki (lebih 10 tahun) tetapi belum diserah milik kawasan tersebut oleh pemaju kepada MPKj untuk diurus selenggara?
133) PEMBINAAN PERSIMPANGAN BERTINGKAT ANTARA LEBUHRAYA ELITE & SKVE, BANDAR SAUJANA PUTRA, JENJAROM
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Sila menyatakan punca dan sebab mengapakah Projek tersebut masih tertangguh sehingga pada hari ini?
-
Sila menyatakan carta perbatuan program pembinaan.
-
Penetapan tarikh pembinaan persimpangan bertingkat akan dimulakan demi menyuraikan kesesakan trafik di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat
133) YAYASAN QARDHUL HASSAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Perincian terkini sejak penubuhan mengenai ahli lembaga dan barisan pengurusan tertinggi Yayasan Qardhul HaSSan (YQS), pemberian geran oleh Kerajaan Negeri serta senarai penerima bantuan daripada YQS mengikut DUN dari segi bilangan dan nila
133) TAPAK BAGI PEMBINAAN SURAU DI KAWASAN-KAWASAN PERUMAHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Sudahkah pihak Majlis Perbandaran Selayang mengenal pasti tapak bagi membangunkan surau untuk penduduk di kawasan Prima Selayang?
-
Ingin menyarankan supaya tapak bagi pembinaan surau diberi perhatian dan keutamaan sebagaimana yang diberikan kepada kemudahan asas lain seperti api dan air bagi semua kawasan perumahan yang dibangunkan dalam negeri Selangor.
-
Ingin menyarankan juga supaya Pejabat Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan tidak mementingkan faktor komersil dengan menswastakan tapak tanah milik mereka bagi mendapatkan dana yang hanya memihak kepada kepentingan individu tertentu tetapi menafikan hak orang ramai./
133) GERAN TANAH KAMPUNG CHEMPAKA
Tahun:
Sesi:
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Apakah status permohonan geran-geran tanah oleh penduduk-penduduk Kampung Chempaka yang telah lama dibuat?
-
Apakah sebab kelewatan ini?
133) ISU AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini isu pengambilan syarikat air oleh Kerajaan Negeri?
-
Apakah halangan yang perlu dilalui oleh Kerajaan Negeri dalam perlaksanaan (a) di atas?
-
Nyatakan langkah yang akan diambil untuk mengatasi (b) di atas
133) PEMBAIKAN DAN PENYELENGGARAAN PAIP AIR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Bertulis
-
Sila kemukakan jadual penyelenggaraan dan pembaikan paip-paip air di Teratai
-
Sila kemukakan maklumat paip-paip air bocor dan bilangan unit rumah/kedai yang terjejas di DUN Teratai dalam tahun 2013 hingga 2015
133) KOMPLEKS LKIM KUALA SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila huraikan butiran terperinci kronologi pembinaan kompleks tersebut termasuk kos dan nama kontraktor yang dilantik ?
-
Sila nyatakan apakah punca utama yang menyebabkan kompleks tersebut masih tidak beroperasi walaupun sudah lebih 3 tahun disiapkan ?
-
Sila huraikan apakah perancangan asal dan matlamat pembinaan kompleks tersebut ?
