133) STRATEGI MEMBASMI KEMISKINAN DI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
-
Apakah strategi membasmi kemiskinan rakyat kerajaan yang boleh dimanfaatkan oleh ADN?
-
Apakah tindakan khusus kerajaan negeri untuk mengatasi masalah hidup rakyat miskin yang sekarang terkesan dengan cukai GST?
-
Sila bekalkan kajian terkini trend kemiskinan dan faktor penyebab
133) PENYALAHGUNAAN TAPAK DAN LESEN PERNIAGAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senarai penyalahgunaan tapak dan lesen perniagaan kepada peniaga warga asing.
133) MASALAH SOSIAL LUMBA HARAM DIKALANGAN BELIA TEMPATAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Kebanyakan kawasan di dalam Negeri Selangor ini telah mempunyai jalan raya yang besar serta selesa bagi memudahkan pengguna yang menggunakan jalan raya berkenaan tetapi telah disalah gunakan oleh sebilangan anak muda tempatan bagi tujuan perlumbaan haram. Apakah inisiatif dari Kerajaan Negeri di dalam mengawal gejala lumba haram di kalangan belia tempatan?
-
Adakah Kerajaan Negeri akan mewujudkan dan melaksanakan sebarang bentuk program yang boleh menarik minat belia tempatan bagi menjauhi perlumbaan haram?
-
Apakah strategi yang akan digunakan Kerajaan Negeri bagi melahirkan belia tempatan yang berkualiti, kreatif dan inovatif selaras dengan aspirasi Negara?
133) MENAIKTARAF PANGSAPURI KOS RENDAH
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Rakyat mengalu-alukan cadangan pihak kerajaan, mengadakan peruntukan bagi memperbaiki lif-lif di pangsapuri-pangsapuri kos rendah. Bilakah cadangan tersebut dapat dilaksanakan?
-
Adakah kerja-kerja menceriakan pangsapuri seperti membersih serta mengecat akan termasuk dalam usaha kerajaan memperbaiki keadaan pangsapuri kos rendah yang ada?
133) MASALAH SOSIAL
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri dalam membasmi masalah sosial seperti penagihan dadah, Mat Rempit dan lumba haram, gengsterisme dan kongsi gelap, pencabulan kehormatan dan gangguan seksual di tempat kerja , pondan dan penggunaan bahasa lucah dan tidak sopan dalam media ?
-
Berapa jumlah aduan yang diterima oleh Pihak berkuasa berkaitan isu ini.?
133) BANGUNAN TAMBAHAN DEWAN NEGERI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Bilakah pembinaan bangunan tambahan Dewan Negeri akan dimulakan?
-
Apakah akan disediakan bilik-bilik kerja dan rehat untuk setiap ADN serta bilik- bilik mesyuarat bagi kegunaan jawatankuasa-jawatankuasa?
-
Berapakah nilai projek ini?
133) TAHUN MELAWAT MALAYSIA 2020
Tahun:
Sesi:
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan kerajaan untuk program pelancongan untuk tahun Melawat Malaysia 2020?
-
Berapakah jangkaan pelancongan dan keuntungan yang akan diperolehi Kerajaan Negeri Selangor atas program Melawat Malaysia 2020?
-
Apakah rancangan program pelancongan yang melibatkan kawasan DUN Rawang?
133) KES BERKAITAN INTEGRITI
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Apakah pecahan aduan yang diterima oleh Bahagian Integriti di pejabat SUK dan Pihak Berkuasa Tempatan?
133) PEKERJA ASING
Tahun:
Sesi:
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik jumlah pekerja asing di Selangor dari 2016-2018 mengikut negara.
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi mengekang jumlah pekerja asing di Selangor?
133) KEMEROSOTAN EKONOMI DISEBABKAN OLEH PERLAKSANAAN GST OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
-
Mata pencarian penjaja-penjaja di Negeri Selangor telah sangat terjejas sejak April 2015 selepas sistem cukai GST dilaksanakan. Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk membantu penjaja-penjaja supaya dapat melalui masa yang sangat sukar ini?
