133) ISU BABI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Hasiman Bin Sidom
Kategori: Mulut
-
Kerajaan telah mengumumkan Projek Ternakan Babi sebanyak RM100 juta di Tumbuk Darat Kuala Langat tetapi mengapakah Kerajaan Pakatan Rakyat yang ada tidak bertanggungjawab dan menuding jari kepada Kerajaan Barisan Nasional. Bukankah kerajaan semasa bertanggungjawab sepenuhnya dalam menentukan kelulusan dan pembatalan sesuatu projek semasa tersebut.
-
Mengapakah kerajaan boleh menangguhkan projek-projek bagi pembinaan sekolah rendah agama yang belanjanya jauh lebih keeil dan menjadi keperluan rakyat yang telah diluluskan secara runding terus sedangkan projek babi diluluskan dan diteruskan.
133) Tahap Kebersihan Premis Perniagaan
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan setakat ini bagaimanakah prestasi kerja-kerja pembersihan oleh- KDEB di premis perniagaan.
133) JAMINAN BEKALAN MAKANAN (FOOD SECURITY)
Tahun:
Sesi:
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah keluasan tanah milik Kerajaan Negeri yang telah dibuka untuk kawasan pertanian di bawah PKPS dan nyatakan lokasinya mengikut daerah?
-
Apakah jenis aktiviti pertanian yang sedang dijalankan mengikut keluasan tanah?
133) HALA TUJU PEMBANGUNAN EKONOMI SELANGOR
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Bin Ibrahim
Kategori: Bertulis
-
Sektor dan industri yang telah dikenalpasti sebagai penjana pendapatan dan pemangkin pertumbuhan ekonomi utama Selangor untuk tiga hingga lima tahun akan datang serta pelan strategik bagi memastikan kejayaan mencapai hasil seperti yang diunjurkan.
133) PUSAT WANITA BERDAYA
Tahun:
Sesi:
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah PWB yang telah beroperasi sepenuhnya? Sila nyatakan lokasi pusat PWB ini dan siapakah penyelianya?
-
Apakah program-program yang telah di laksanakan oleh setiap PWB ini dan berapa perbelanjaan yang telah dikeluarkan?
-
Apakah rancangan di bawah hak dan undang-undang yang dirancang di bawah PWB ini?
133) PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI
Tahun:
Sesi:
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Apakah masalah sebenar yang dihadapi oleh pemaju bagi Projek Taman Sungai Yu Indah, Kampung Sungai Yu sehingga pembeli merana menunggu sekian lama?
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah ini dan bilakah dijangka perumahan ini dapat disiapkan?
-
Apakah Kerajaan Negeri menyediakan dana untuk membantu pembeli-pembeli membayar sewa rumah disebabkan projek perumahan yang mereka beli terbengkalai dan pada waktu yang sama pembeli-pembeli sudah mula membuat pembayaran di bank-bank?
133) PERUNTUKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN KE KERAJAAN NEGERI
Tahun:
Sesi:
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah dan bentuk peruntukan yang diterima oleh Kerajaan Negeri daripada Kerajaan Pusat tahun 2018-2019.
-
Apakah bentuk perbelanjaan yang menggunakan peruntukan pusat berbanding peruntukan negeri?
-
Apakah sasaran pendapatan peruntukan pusat kepada negeri untuk tahun 2020?
133) PENYALAHGUNAAN TAPAK DAN LESEN PERNIAGAAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Senarai penyalahgunaan tapak dan lesen perniagaan kepada peniaga warga asing.
133) PEMBUANGAN SAMPAH HARAM
Tahun:
Sesi:
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini 4 tempat pembuangan sampah haram iaitu Kg. Sg. Pusu, Batu 8 Gombak, Kg. Tengah Tambahan dan Sri Gombak Fasa 8?
133) TAPAK BAGI PEMBINAAN SURAU DI KAWASAN-KAWASAN PERUMAHAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Subahan Bin Kamal
Kategori: Mulut
-
Sudahkah pihak Majlis Perbandaran Selayang mengenal pasti tapak bagi membangunkan surau untuk penduduk di kawasan Prima Selayang?
-
Ingin menyarankan supaya tapak bagi pembinaan surau diberi perhatian dan keutamaan sebagaimana yang diberikan kepada kemudahan asas lain seperti api dan air bagi semua kawasan perumahan yang dibangunkan dalam negeri Selangor.
-
Ingin menyarankan juga supaya Pejabat Tanah dan Pihak Berkuasa Tempatan tidak mementingkan faktor komersil dengan menswastakan tapak tanah milik mereka bagi mendapatkan dana yang hanya memihak kepada kepentingan individu tertentu tetapi menafikan hak orang ramai./
